Monday, April 9, 2018

Da Lat – Ho Chi Minh, Vietnam (3-7 Mac 2018)


Kami sampai airport awal juga, 4.30 petang. Melawat-lawat sekitar Lien Khuong airport sebelum check in.
Sumber: Google

Lien Khuong Airport. Sumber: Google
Imigresen di sini kena buka kasut.  Sebenarnya dah nampak dia tulis kat situ, tapi saja je jalan terus hihi kena tahan juga suruh buka kasut.  VietJet bagasi 15kg. Memandangkan tidak membeli apa-apa pun sepanjang berada di Mui Ne dan Da Lat sebelum ni, jadi takdelah risau beg melebihi berat yang ditetapkan. 

Flight pukul 7.55, patutnya dah nampak krew kat meja tu menandakan bersedia untuk masuk tapi tak ada. Terdengar pengumuman dalam bahasa Vietnam. Orang ramai mengeluh, “Aggh”. Confirm ni pasal masa. Tengok di papan jadual , berubah pukul 8.30 malam. Kami beritahu Ms Khanh, flight delay supaya tak adalah driver di HCM menunggu kami. Habiskan masa dengan berjalan-jalan di situ. Aha ada kedai buku di situ untuk kill the time.

Pukul 8.30 pun belum nampak bayang lagi. Pengumuman lagi. Kedengaran keluhan lagi. Masa di papan jadual berubah, lewat satu jam lagi. Beritahu lagi Ms Khanh. Dia balas, OMG. 

Apa lagi yang boleh dikatakan. Bersabar je lah. Tadi pun dah happy pusing-pusing Da Lat. Sekarang unhappy, itulah kehidupan, kan. Ada turun naiknya.

Sumber: Google. Sebelum ini pun kami dah tengok, ada 3 pilihan kapal terbang yang boleh diambil dari Da Lat nak ke Ho Chi Minh iaitu VietJet, Jetstar dan Vietnam Airlines. Pening-pening juga mencari yang sesuai sebab nak tengok masa dan tambangnya berbaloi tak. Akhirnya bila dah decide nak ambil tailor made trip, minta Ms Khanh je book kan. Senang tak payah fikir dah.

9.30 malam, akhirnya kami dah masuk kapal terbang. First time naik VietJet.  Seperti biasa, penerangan mengenai keselamatan. Ada pramugara handsome depan mata. Sejuk mata memandang tak jadi marah VietJet sebab lambat. Weeee. 
Pramugarinya punyalah stylo, tapi pramugaranya uniform biasa je seluar slack dan baju-T merah.

Bersedia untuk terbang. Bila flight dah stabil, pramugari dan pramugara mula ke depan dalam proses nak bagi air. Baru kerusi yang kedua, terdengar pilot kata akan landing sebentar lagi. Bior betul ni, tengok jam semula.  Baru 10 minit kut atas udara dah nak sampai. Kagum sungguh, kata 50 minit.  Sedangkan kalau naik kenderaan darat dekat 7 - 8 jam. Alhamdulillah landing sangat smooth sampai tak terasa langsung.  Tapi duk jalan lagi atas landasan. Akhirnya betullah lingkungan 50 minit juga sampainya.

Ambil beg, dan cari driver. Krew VietJet check tag bagasi sama tak dengan bagasi. Detail juga, takut orang lain ambil beg yang bukan dia punya.  

Kelihatan papan tanda nama yang diangkat sebaik keluar pintu airport. Kali ni pemandunya perempuan berambut pendek ala-ala tomboi. Mahir Englishnya dan peramah pula. Peramahnya dia bersembang hingga terlepas hotel kami. Haha. Nasib baik saya nampak. Hotel tempah sendiri bersebelahan dengan Ben Thanh Market. Letak beg dulu, dan cari makan. Dah pukul 11.40 malam, night market pun dah tutup. Kedai makan pun banyak yang tutup. Cuma satu kedai yang masih ramai pengunjung di dalamnya, Halal Amin.  Dia kata tutup pukul 12. Sempat lagi ni. Ala, takkanlah kitaorang tak habis makan dia nak halau pulak kan. Alhamdulillah kenyang. Esok driver akan ambil kami untuk ke Bihn Tay Market.

No comments:

Persediaan ke China