Pukul 7.30 driver akan bawa kami ke Bihn Tay Market. Sarapan
dulu di Restoran Hj Mansur. Ms
Khanh WA beritahu dia akan bawa satu kumpulan dari Malaysia pagi tu pergi kedai
borong, dia tanya nak ikut tak, tiada bayaran dikenakan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal,
peluang berjalan ni. Maybe dia kesian kut tengok kitaorang pelbagai dugaan
pastu dia tengok kitaorang tak de marah-marah pun. Agaknyalah haha.
Suasana pagi di District 1. |
Akhirnya dapat juga jumpa Ms Khanh. Sebelum ni hanya contact melalui WA sahaja. Sembang-sembang pasal kereta
rosak masa haritu. Dia cakap first time jadi macam tu. So dia akan ingat
kitaorang la. Kitaorang suruh kirim salam dengan driver yang tu. Hairan pulak dia kenapa pulak nak kirim salam.
Haha, kan kita biasa je. Kitaorang pun
kesian tengok dia handle situation tu. Hopefully lepas ni dia akan tingkatkan
diri belajar bahasa Inggeris.
Kami naik kereta lain dan Ms Khanh dengan kumpulan tu.
Memang jauh juga dari District 1 tu. Wow kedai telekung, tudung,dengan brand
terkenal Malaysia. Harga serendah RM18 untuk telekung dengan pelbagai warna.
Boleh pilih nak kain gred 1 atau 2. Bezanya yang gred 1 lembut sikit. Tudung
instant, semi instant, bawal, semua pun ada. Kumpulan yang Ms Khanh bawa tu
memang tujuannya untuk shopping dan mereka personal shopper so memang lamalah
memilih. Borong habis tu.
Udah sampai ke siling telekungnya. |
Tengok model-model ni dulu sebelum pilih nak warna tudung yang mana. Tak menang tangan penjualnya, ate ramai benor gila nak memilih. Sat-sat nak warna ni, pastu dah tengok cermin, eh tukarlah pulak. |
Telekung sulam, telekung renda, telekung warna warni. Kome jangan pilih telekung cantik je tapi solatnya hujung-hujung waktu. Opps. Hanya orang-orang Asia Tenggara ni je yang biasanya pakai telekung. |
Dari satu kedai ke satu kedai. Kena buat pilihan yang bijak untuk beli yang mana lebih murah dan berkualiti. Jadi kenalah ingat harga-harga di setiap kedai. |
Yang mana satu? Bila terlalu banyak pilihan pun susah jugak. |
Seterusnya, kedai beg.
Kedai telekung lagi. Akhirnya kedai kain cotton. Ada jual baju kurung siap serendah RM 35. Beli satu untuk Aidilfitri nanti. Harap-harap saiz badan akan
maintain sampai Raya. Memang banyak pilihan di kedai akhir ni. Kedai pun
besar. Cuma saya tak berapa gembira bila ada orang ikut je dan mendesak suruh
beli. Cer bior orang pilih dengan tenang
dulu. Follow cenggini I tak berapa happy, cer follow blog I ni. Ada juga
baguihnya. Kekeke. Pastu bila orang kata nak tengok je. Dia
cakap dengan kawan dia bahasa Vietnam. Eh macam mengumpat kita je. Tak suka
tau. Mak cik bawang juga ni. Akhirnya
saya duduk di bucu kedai. Malas pilih dah, asyik ikut je.
Semua tempat yang kami pergi ni cakap dalam BM je, boleh tawar-menawar
dan pakai RM. Dia iklankan pun dalam RM.
Akhirnya kami minta buat keputusan balik ke District 1 sebab kami belum pergi area Ben Thanh lagi. Kumpulan satu lagi tu memang pergi
shopping lagi. Driver hantar kami ke Binh Tay Market tapi nampaknya tengah rennovate. Singgah sekejap je kemudian minta driver hantar ke hotel. Hantar
barang dan solat dulu sebelum pergi makan.
Credit: Nora Walaupun banyak je kedai makan di area ni, kami pilih kedai ni kerana kena dengan selera kami. 2 hari di HCM, 3 kali duk makan di sini. |
Credit: Nora Pho diiringi dengan ulam-ulaman. |
Kali ni
singgah makan di Restoran Haji Idris pula. Banyak je kedai-kedai makan di sini boleh pilih tapi kami suka
pergi Halal Amin. Dua tiga kali ke situ. Masakan kena dengan selera dan harga
pun murah lagi.
Lepas makan jalan-jalan luar Ben Thanh untuk menuju ke
Saigon Square. Jalan kaki je. Ohh macam
di KL juga, beg tangan, baju, jam. Tiada apa berkenan di hati. Seberang jalan, singgah sekejap ke Pasar raya Takashiyama. Mewah ni. Bukan nak beli barang tapi
nak pergi toilet. Bersih sikit rasa. Hehe. Pusing-pusing sekejap dalam tu baru
balik.
Sebenarnya nak tunggu Night Market, tapi awal lagi baru pukul 5.30. Jalan-jalan depan hotel kami. Singgah
kedai Zai Dah Collection. Jual telekung
rupanya. “Wah murah lagi dari kedai-kedai yang pergi tadi.” Ha yang ni tak de
paksa-memaksa nak beli dan boleh pilih dengan tenang. Masing- masing rembat
telekung seorang satu. 2, 3 selang kedai tu ada kedai Rohani yang ni saya
pernah pergi 5 tahun lepas. Murah juga
masa tu.
Pasar malam belum buka lagi. Balik
hotel dulu hantar barang dan solat maghrib. Hehe itulah mudahnya duduk hotel di
tempat yang sesuai.
Credit: Nora Tengah pilih brand Itik hehe. |
Jalan-jalan kedai area Basiroh, Halal Amin, Hj Mansor.
Memang banyak lagi kedai-kedai telekung dan tudung. Bersila memilih yang
berkenan di hati. Ada satu kedai ni jumpa orang Brunei. Sembang-sembang pasal tudung, ada satu jenama tempatan yang
memang dia puji. Jual secara online. Kami pun tak tahu pasal tudung tu dia yang
jauh pulak tahu. Kuasa informasi di hujung jari. Dia pun selalu juga turun area Jalan TAR. Sambil-sambil tu apa lagi, ambil kesempatan
tanya gossip-gossip hiburan yang menular. Haha, tak mahu dijawabnya. Bagus
betul menjaga kerahsiaan negara.
Night Market di luar Ben Thanh sahaja. Orang yang sama dalam
tu cuma jual di luar. Pesanan daripada kawan, “Jangan tanya harga kalau tak
berminat nak beli.” Sebab dia pernah kena tengking sebelum ni. Memang
barang-barang kat situ kebanyakannya tak letak harga. Abih tu nak tanya pulak takut. Kena tengok
mood penjual dulu ramah atau tak. Takut kena bambu nanti. Saya ni dahlah
hatinya kecik. Kawan yang nak sangat
pergi shopping Vietnam tu akhirnya sentap bila kena marah, “Why you ask me the
price if you don’t want to buy.” Membebel penjual tu dengan mimik muka yang masih diingat sampai sekarang. Cabut! Cabut.
Habis explore untuk hari ini. Sambung esok pula ...
HARI AKHIR. Kami
sebenarnya ambil flight pukul 10.00 pagi tetapi di minggu akhir nak bertolak dapat e-mel,
dijadualkan semula pukul 4.00 petang. Yeay, sebab ada masa lagi nak jalan-jalan
di HCM.
Masuk satu kedai kain ni, semalam nak masuk juga tapi dia
kata nak tutup. Hari ni pergi lagi sebab nampak menarik. Banyak jual kain pasang. Orang Vietnam tu suruh ke belakang, "Melayu!
Melayu". Rupa-rupanya ada orang boleh berbahasa Melayu.
“Nak cari apa?”
“Tengok-tengok sahaja.”
“Kedai sini mahal.” Amboi terhina rasa. Sombongnya. Saya
ajak kawan keluar. Pagi-pagi rosak mood. Memanglah tengok dulu barulah orang
decide nak beli,kan?
Seterusnya masuk Ben Thanh Market, mencari alas meja. Kebiasaannya, itu yang orang tuju dulu kan? Kami pilih hari akhir sebab masing-masing pun pernah pergi dah sebelum ni. Penjual
memanggil-manggil suruh datang kedai. Memang kebanyakannya tak letak harga. Fesyen pm tepi. Karang kita tanya dan tak beli
dimarahnya pulak kan.
Ada satu kedai ni, satu barang je dia letak harga. Alas meja
dia letak 1 juta. Mahal tu, RM174.30. Tak jadi nak tengok alas meja yang lain tapi 'dipaksanya' juga.
“Cheap! Cheap! I give you best price. First customer.”
‘First customer memang biasanya peluang boleh tawar. Tapi
saya dah lah tak reti tawar-menawar ni. Kang kalau tawar pastu tak beli kena
marah lagi.
“Which one you want?”
“Don’t angry with me if I don’t want to buy?” baik saya
remind siap-siap hehe.
“No, no I’m not angry.”
Ye sangat tak marah, bila orang cakap mahal dia suruh beli juga padahal nak cabut
dah.
“600 000.”
“Not enough money”
“400 000, 300, 000”, dia turun harga lagi.
Tension pulak, nak cabut tak boleh cabut lagi. “Ok!” beli sebab dah turun banyak tu. Tapi pastu
dia cakap-cakap dengan kawan dia, merungut kut. Kalau tengokkan mimik mukanya.
Satu lagi yang tak best shopping dalam ni, kita tak boleh
menghalang kedai lain walaupun sekejap je. 2 kawan tengah pilih kain di satu
kedai ni, so kitaorang berdua tunggu tepi kedai. Orang kedai sebelah nampak, dikuisnya kita ke
tepi sambil tunjuk jangan duduk tepi kedai dia. “Hmm ini boleh mendatangkan
marah.” Tapi dalam hati jelah. Hehe. Dah kedai situ sempit. Kalih kiri, dah
halang kedai lain pulak. Sama je tak bagi duduk situ. Sudahnya kami tunggu di
luar sahaja.
Semua barang dah dapat, masa untuk mengemas beg. Yeah!
Selamat tinggal Ho Chi Minh.
Comey kucing ni. - di Langkawi |
No comments:
Post a Comment