Membawa enam perkara dalam perjalananan
Orang yang pergi musafir disunatkan membawa enam macam
barang, sebagaimana telah diperbuat Rasulullah SAW iaitu cermin, alat memalitkan
celak, gunting, sugi, sikat dan botol dari kaca. Yang demikian dianggap
perkara-perkara yang lazim dan amat diperlukan oleh seseorang, sama ada ketika
hadir (tidak musafir) atau ketika bepergian (musafir) .
Sumber: Panduan Musafir, Muhammad Uthman Al-Khusyt, Pustaka
Al-Mizan,1989.
Pergi Vietnam ni jangan lupa bawa keperluan untuk nak masuk
toilet. Jangan haraplah kat dalam tandasnya ada paip air. Saya bawa water bag ni. Sebenarnya kawan hadiahkan untuk isi air minum bila bercuti bersama-sama di selatan Semenanjung. Entah
masa bila saya boleh tukarkan kepada tempat untuk isi air dan bawa ke tandas
ketika travel. Memang pratikal daripada bawa botol mineral sebab yang ni boleh
dilipat-dilipat dan letak dalam hand bag. Hadiah kecil tapi bermakna. Ramai
pulak tu dah guna. Dapat pahala juga orang yang memberi hadiah ni sebab
memudahkan orang menunaikan qada hajat. Oh ada dua tempat yang jumpa paip air,
kedai borong 4 tingkat dan dalam dewan di Da Lat Maple Tree. Kalau di hotel
memang adalah paip air dalam tandas. Takkan nak tunggu balik pulak kan.
Antara traveller kit jugak ni. Banyak kali juga dia ikut kembara luar negara. |
Lipat-lipat masuk beg atau gantung je. |
No comments:
Post a Comment