Tajuk: Indahnya Hidup Bersyariat: Modul fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat.
Penulis: Dato’ Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Penerbit: Telaga Biru S/B Kuala Lumpur, Cetakan Mac 2009
ISBN:978-967-5102-30-1
Harga:RM 55
Halaman: 303 m/s
Sinopsis: Merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Komen: Saya suka buku resepi yang ada langkah demi langkah. Dalam memilih buku agama juga saya suka kalau ada gambar langkah demi langkah supaya dapat lihat dengan lebih jelas. Walaupun sekarang ni ada dvd, vcd tapi ia tak boleh dibawa ke mana-mana seperti buku. Buku ni memang lengkap dari mula sampai akhir dan sesuai untuk dirujuk bila-bila masa sahaja. 4 buah rumah yang saya pergi, memang ada buku ni tersenarai dalam rak bukunya. Kadang-kadang tu sebuah rumah sampai ada 2 buku. Ni kes seorang beli, seorang tu tak tau la tu. Dan pernah nampak juga orang hadiahkan buku ni sebagai hadiah kahwin.
Sekarang ni kalau nak belajar senang sahaja. Dakwah pelbagai cara. Ustaz dan ustazah pun dah ada fb sekarang ni. Like sahaja. Semasa Astro nak buat satu saluran agama sepenuhnya Oasis (106) ramai yang kurang percaya ia akan menarik minat orang ramai. Alhamdulillah saluran ini diterima dengan baik sama seperti saluran lain. Kini terdapat satu lagi saluran agama alternatif, al-Hijrah (114) dibawah JAKIM. Antara rancangan yang menarik perhatian, 30 Minit Bersama Ustaz Don. Mula mengenali rancangan ini setelah Utusan Malaysia membuat ulasan. Personaliti Ustaz Don yang kelakar dengan loghat utaranya memang best. Demo yang ditunjukkan memberi kita kefahaman. Bersiaran setiap Isnin- Rabu 10.30 mlm dan ulangannya Jumaat –Ahad pukul 4 ptg.
No comments:
Post a Comment