Istiadat Pertabalan juga akan dipenuhi dengan
menziarahi makam diraja seluruh negeri Perak. Ia akan dimulakan dengan Makam
Tok Temong. Mengikut sejarah, telah wujudnya Kerajaan Beruas dan Kerajaan
Manjung, iaitu kerajaan-kerajaan Islam sesudah Kerajaan Gangga Negara di
Dinding yang bersifat Hindu.
Di zaman munculnya kerajaan Beruas dan Manjung
itu, terdapat juga di beberapa daerah di Perak pemerintahan secara tempatan,
seperti di Temong terdapat seorang perempuan yang berkuasa dikenali sebagai Tok
Temong, dan di Hulu Perak pula terdapat seorang yang berkuasa bernama Tun Saban
yang dikatakan anak Bendahara Tun Perak Melaka. Ketika ini negeri ini masih
belum mempunyai raja dan kebanyakan penduduknya adalah merupakan pedagang dari
Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Sebelum wujudnya kesultanan di Perak
juga terdapat beberapa nama yang dikenali sebagai penguasa tempatan, seperti
Tok Masuka dan lain-lain pembesar tempatan.
Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, yang
mana putera kedua Sultan Mahmud Syah Melaka yang akhir setelah negeri Melaka
dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 yang bernama Raja Muzaffar Syah dilantik
menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528.
Kisahnya, ketika Tok Masuka meninggal dunia, ada
diwasiatkan supaya tempatnya digantikan dengan seorang raja yang berasal
daripada anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat raja-raja yang turun dari Bukit
Si Guntang tidak terputus di Tanah Melayu ketika itu. Berikutan itu, Tun Saban
dan Nakhoda Kassim berangkat ke Kampar untuk menghadap Sultan Mahmud Syah dan
memohon supaya seorang putera baginda menjadi sultan di Perak.
Sultan Mahmud telah meminta putera baginda, Raja
Muzaffar menjadi Sultan Perak. Waktu bakal sultan ini mudik Sungai Perak, kapal
kenaikan baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala
Sungai Perak. Kemudian Raja Muzaffar telah berseru demikian bunyinya;
Sedikit tanah
Minangkabau
Selengkung Pulau
Perca,
Dilingkung ular
sikat muna,
Sebenarnya aku
menjadi raja,
Jauhkan segala mala
petaka,
Perpisahan aku
di Selat Melaka.
Selepas seruan
itu diucapkan, maka barulah kapal kenaikan Raja Muzaffar Syah dapat bergerak,
dan kemudian menuju ke ulu sungai hingga ke tempat yang kemudian dinamakan
Tanah Abang (Teluk Bakong sekarang). Maka ditempat itulah Raja Muzaffar Syah
ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar Syah dan
merajai sebuah negeri yang terdiri dari percantuman daerah-daerah penguasaan
pembesar-pembesar tempatan, yang dikenali sebagai negeri Perak, iaitu mengambil
sempena dari nama Tun Perak, iaitu Bendahara Melaka.
Itu jugalah
signifikan istiadat memijak Beting Beras Basah bertujuan memperingati sejarah
Sultan Perak yang pertama. Kapal baginda tersekat di Beting Beras Basah,
baginda turun dan berpijak di situ, kemudian air naik sehingga membolehkan
kapal masuk ke Sungai Perak.
Semasa
pertabalan Raja Muzaffar Syah, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis
tangkal azimat dikenali Mastika Embun yang telah dijadikan sebagai satu alat
kebesaran diraja Perak dan digunakan dalam istiadat pertabalan diraja Perak.
Sebagai membalas
persembahan Tok Temong itu, Sultan Muzaffar telah mengurniakan sebuah puan
bujur (bekas sireh), tetapi dikembalikan oleh Tok Temong. Sebaliknya, Tok
Temong hanya mahukan ikrar (janji) daripada Sultan Muzaffar supaya anak cucu
baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak, manakala Tok
Temong serta anak cucunya memerintah di sebelah kiri mudik sungai tersebut.
Disebabkan itu,
pada hari ini didapati kota-kota istana dan makam sultan-sultan terdahulu di
negeri ini terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehinggalah kepada
pemerintahan Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah yang mula membuat istana dan
makam di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Setelah meninggal dunia, Tok Temong
dimakamkan di Kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di Kuala Kangsar.
Masjid Kota Lama Kanan. Kalau orang tak biasa jalan sini memang tak perasan kat mana letaknya. Haritu saya pergi boleh nampak signboard homestay kepuanyaan Mr Os, letak dekat-dekat situlah juga. |
Saya berkesempatan melawat batu peringatan Sultan Mansur Syah di Masjid Kota Lama Kanan tahun lepas. Batu peringatan Sultan Mansur Syah I di dalam Masjid Kota Lama Kanan sebagai simbol tempat baginda ghaib/hilang ketika solat jumaat di dalam masjid. Menandakan tempat terakhir baginda berada. Tetapi masjid ini hanya dibuka ketika solat. Saya datang bukan waktu solat, jadi tak dapat masuk untuk tengok.
Batu peringatan di dalam masjid. Gambar dari FB KK |
Sumber: Dari Buku
sejarah tapi tajuk lupa dah sebab
fotostat yang perlu sahaja masa tu karya Abdullah Zakaria
Akhbar
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment