Wednesday, May 13, 2015

Makam Diraja Bukit Chandan



Kawan saya penggemar sejarah, dan dari kubur/makam dia boleh kaitkan sejarah individu tertentu. Kagum. Kalau berjalan dengan dia memang melawat makam la. Ada orang takut bila melawat kubur. Jangan takut sebab kita pun memang akan ke sana nanti. Jangan lupa bagi salam dekat ahli kubur dan sedekahkan al-Fatihah. 
 
Makam Diraja Bukit Chandan

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Di makam ni terdapat lapan makam Sultan Perak. Tapi saya hanya melawat 2,3 makam sahaja. Ni baca dalam surat khabar baru tau ramai rupanya.


  1. Almarhum Sultan Abdullah Muhammad II  1874-1876 (Sultan Perak ke-26)
  2. Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Syah 1887-1916 (Sultan Perak ke-28)
  3. Almarhum Sultan Abdul Jalil 1916-1918 (Sultan Perak ke-29)
  4. Almarhum Sultan Iskandar Shah 1918-1938 (Sultan Perak ke-30)
  5.  Almarhum Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Bi’llah 1938-1948 (Sultan Perak ke-31)
  6.  Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Syah 1948-1963 (Sultan Perak ke-32)
  7.  Almarhum Sultan Idris II 1963-1984 (Sultan Perak ke-33)
  8. Almarhum Sultan Azlan Shah 1984-2014 (Sultan Perak ke-34)

Di sini juga terletaknya makam adinda Sultan Nazrin iaitu Raja Ashman yang mangkat pada 30 Mac 2012. 

Makam diraja ini terletak betul-betul bersebelahan Masjid Ubudiah. Di tanah perkuburan Masjid Ubudiah ini juga menempatkan kerabat-kerabat diraja, Orang Besar Negeri Perak dan orang yang banyak berjasa di Bukit Chandan atau di Kuala Kangsar. Arwah datuk saya dan bapa saudara saya juga dikebumikan di sini.

No comments: