Diberi kesempatan ke Rumah Penginapan Persekutuan
atas ‘tiket’ ada kakak yang kerja dengan kerajaan. Terima kasih Yong.
Pergi dengan MAS dan balik dengan Air Asia.
Dua-duanya kebanggaan Malaysia. I like! Memandangkan
pergi dengan ibu dan bapa, keselesaan jadi keutamaan. Jadinya letak kereta di
KLIA. Jika hendak jimat duit, bolehlah tinggalkan di Putrajaya dan naik ERL ke
KLIA. Kami letak di KLIA lebih kurang 3 hari RM117.50 (tengok masa). Ada ERL
yang menghubungkan KLIA dan KLIA 2. Tambangnya RM2 sahaja untuk dewasa.
Walaupun naik kapal terbang yang berbeza tapi senang juga nak pergi kedua-dua
tempat ni.
Biasa naik MAS ada makanan, hmm tapi ni dalam
Malaysia je, perjalanan 2 jam 20 minit, apa ya yang akan disediakan?
Entah-entah biskut kering je. Udah la pergi subuh-subuh sepiee. Tak sempat
makan. Bila nampak van Brahim’s dekat kapal terbang barulah yakin, Yeah! Ada
makanan hehe. Ok sandwich je. Kenyang juga sebab besor. Alhamdulillah.
Last naik MAS 3 atau 4 hari sebelum kejadian MH370. Oleh itu perubahan yang dapat dilihat selepas kejadian ini, selepas safety video ada doa naik kenderaan ditayangkan. Tak pasti sebelum ini ada ke tak, tapi semasa pergi Turki 3 tahun lepas, dapat kad yang ada doa naik kenderaan. Barulah teringat nak baca.
Rupa-rupanya destinasi akhir Kota Kinabalu.
KL-Labuan-KK. Patutlah di kaunter siap tanya beg ni nak bawa ke mana? Terbayang
naik bas berhenti di Jalan Duta, sesiapa yang nak berhenti Pudu sila tunggu
dahulu. Haha. Sama je. Yang ni ramai juga yang turun di Labuan. Orang yang nak
pergi KK dilarang turun. Jangan
ngada-ngada nak tengok-tengok keluar. Eh itu bukan pilot yang cakap, saya yang
cakap. Tertinggal nanti naya.
Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa
Labuan terus sewa kereta. Harga bergantung kepada jenis kereta RM70-RM150
sehari. Ambil kereta besar untuk keselesaan. Time nilah nak merasa bawak kereta
mewah sikit. Nisan Almera dan Honda City RM90 tapi dah habis, tinggal Vios
RM100. Baru lagi ni, mileage pun ratus-ratus aje.
Saja jalan-jalan dulu mencari stesen minyak
sebelum ke tempat penginapan. Walaupun minyak ada satu takuk. Sebenarnya orang tu dah cakap stesen minyak
Shell terdekat ada dekat dengan airport tapi dah tak berapa nak faham arah yang
dia cakap tu, jalan sahajalah dan jumpa stesen minyak Petronas. Masa nak isi
minyak tu staff Petronas beritahu tayar belakang, lembik. Hmm ye ke? Adoi
ingatkan kalau sewa kereta ni orang tu bagi dah perfect lah semuanya. Ok ini
petanda baik, terima kasih atas keprihatinan anda orang Labuan. “Kitak tau isi
angin?” Kitak! Lupa dah, saya ke awak.
Ni tanya ke ayat penyata? Haha. Tahu!
Dalam 2 hari tu kalau pusing betul-betul dalam RM25 tu pun dah ok. Kalau
lebih kira sedekah ajelah pada pengguna seterusnya. Ye dak.
Sampai sahaja, wah terkejut besor tengok banglo
besar. Menghadap laut lagi. Dapat tengok matahari terbit yang indah sekali.
Untuk sesiapa yang nak pergi, kalau dari airport tu taklah jauh sangat sebenarnya. Terletak di Membedai. Ikut sahaja signboard tetapi kalau tak jumpa signboard boleh juga ikut signboard World War II Memorial sebab laluannya sama. Rumah terletak di kawasan tentera. Jumpa TLDM, dan terus hingga ke penghujung jalan TUDM, sebelum TUDM ni ada simpang kecil dan jumpa kem Tentera Darat
No comments:
Post a Comment