Thursday, July 1, 2010

Rasa Jun 2010



Saya tak minat menulis secara formal, bersastera atau jiwang-jiwang. Kalau merepek tu boleh juga. Macam yang di atas ni. Saya teringinkan hadiah periuk dari San Remo. Saya memang suka makan spageti. Apa lagi sepantas kilat mencari idea.

Memandangkan saya memang tercari-cari resepi Biskut Sarang Semut yang saya suka-suka sangat zaman bebudak dulu, jadi saya pun ajukan soalan tu kepada Chef. Nampaknya Chef menjawab dan antara 3 surat yang terpilih untuk disiarkan. Kat situ tulis, mulai Jun 10 sehingga November 10 tiga surat yang terpilih akan menerima sebuah periuk pasta. Macam tak percaya je. Betul ke dapat ni??? Tunggu jelah surat rasminya nanti. Sambil tu kita cuba resepi ni untuk raya nanti. Memandangkan Chef pun tak letak biskut ni nama apa. Nanti hentam sajalah nama yang glamer-glamer ye tak!!

Seperti biasa, mak saya dah tahu siapa yang tulis bila baca dua baris ayat tu aja. Hehe memang dia tahu saya memang nak sangat resepi tu.




1 comment:

yongzu @ 9W2YZU said...

Tahniah! :) Berjaya lagi.....

As long as you are happy with the way you write...and meaningful to others...and especially you. ;)

p.s Nak tunggu Uda dapat hadiah rumah ke.... kereta ke ... RM juta jutake...;)

Related Posts with Thumbnails