Thursday, August 4, 2011

Kuih Lopes

Bulan puasa mulalah banyak keluar kuih-kuih tradisional. Sehari tak de kuih macam tak lengkap je hidangan hari tu.

Lopes, sejenis kuih yang dibuat daripada pulut, digaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula.

3 pot pulut. Masukkan air pandan. Agak-agak ukurannya.

Pulut yang dah dimasak. Nak tau masak ke tak tengok dia macam belengas. Melekit-lekit. Kalau tengok warnanya nampak tak kuat hijaunya. Semata-mata pandan je ni. Kalau nak nampak hijau lagi tambah pewarna sikit. Ada tak agaknya lopes yang warna merah ke kuning. Tak pernah pulak orang buat, kan?

Taruh pulut ni atas daun pisang yang dah dilayur. Opss sebelum tu percik-percikkan sikit air supaya dia tak melekat.

Gulungkan daun pisang tadi dan ambil tali rafia, ikat di hujungnya. Bab ni yang payah, kena tiap-tiap hari buat lopes baru pas ni.

Ikat pula di tengahnya supaya tak lah terburai nanti. Macam ikat parcel ya.

Ikat pula di hujung satu lagi. Ikat yang mula-mula tadi sebagai 'penanda'. Yang ni baru ikat betul-betul. Tekan-tekan pulut yang dihujung tu dengan hujung sudu supaya gulungannya nampak cantik berisi. Bila yang hujung tu dah kemas ikatnya, buka balik yang ikatan pertama dan tekan-tekan hujung pulut tu juga dan baru ikat dengan kemas.


Rebus dalam 20-30 minit sampai keras. Api jangan kuat sangat nanti luarnya masak tapi tengah mentah.

Dah siap, potong lopes ni dengan tali yang kita ikat tadi. Ada orang yang buat dengan benang. Buat apa susah-susah nak cari benang pulak, pakai je tali tadi. Golek-golekkan dalam kelapa yang digaul dengan sikit garam.

Siap dihidang dengan air gula.

* bulan puasa ni tak larat makan nasi pulak. Makan bubur lambuk je. Abislah kurus nanti masa raya.

6 comments:

IdaShazana said...

aku suka makan lopes....jeniper lopes pun suka

resipe-masak-makan said...

Salam tuan umah,sama juga saya suka makan kuih lopez,tapi nak orang buat punya dan saya suka Jlo- lopez

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

ok ler tuee..bila kurus nanti boleh ler bergaya dgn kebaya nyonya.

zarina said...

IS & RMM- agak2nya J-lo suka tak kuih lopes ni?

BSB: kalau dah kurus kering tak cantik pakai kebaya nyonya :)

Cendana Kasih said...

ko yang buat atau mak ko?? nampak macam tangan mak ko jer..hehehe... leh caya ke??

zarina said...

yang dlm gambor mak aku la buat..aku buat takde la gambornya..buruk..malu weh

Related Posts with Thumbnails