Friday, May 2, 2014

Hari Keempat: Rose Cafe & Gion, Kyoto

Dah puas tengok pemandangan kami teruskan perjalanan nak pergi solat dan makan. Berdasarkan blog katanya berhenti stesen Marutamachi. Cari-cari tak jumpa pun masjidnya . Peta yang diperoleh daripada carian google kelihatan mudah tetapi susah untuk mencarinya lokasinya.  Bertanyakan pada 2 warga tempatan yang boleh berbahasa Inggeris, memang derang tunjuk nama lorongnya tapi derang pun sebenarnya tak tahu di mana masjid tu. Punya la banyak lorong keluar masuk. Give up dah ambil teksi sahaja. Memandangkan masjid tu agak tersorok kami suruh dia bawa ke Rose Café.  Meter bermula JPY550. Ceh jauh lagi rupanya. 
Cat warna hitam itulah Rose Cafe
Café ini mendapat pengiktirafan  Majlis Agama Islam Kyoto. Ada desert, burger, set nasi lauk ayam atau ikan. Saya memilih ikan. Sedapnya rasa ikan Saba bersama sup.


Kedai ni dua tingkat

Menu


Ikan Saba sedap betul. Rasa salai macam ada bakar-bakar sikit tu spesel.Nasi ditambah mentega tapi tak ada rasa perbezaan pun.

Keluar dari Rose Cafe, ke kanan dan akan nampak papan tanda ni. Ikut sahaja arah yang ditunjukkan.
Kami bertanyakan arah masjid. Terletak di belakang dan agak tersorok dan ia sebenarnya bangunan biasa bukan nampak macam masjid yang ada kubah so mungkin orang pun tak perasan. Disambut dengan saudara kita dari Indonesia so senanglah berbicara.  Mekasih atas infonya ya. Bagi sesiapa yang ingin melawat ke Kyoto boleh melawat laman web ini

Utuk membina masjid baru di Kyoto. Sesiapa yang singgah nanti boleh hulurkan derma supaya hasrat membina masjid ini tercapai dan mendapat jumlah  wang mengikut sasaran yang ditetapkan.

Sebelum ini turun di stesen yang lain. Rupanya stesen ini lagi dekat untuk pergi ke masjid.
Seterusnya kami ke Gion Shimbasi naik dari stesen Jingu-Marutamachi.  Ni pun susah gak tak tahu Exit mana patut keluar. Belasah aja dan akhirnya jumpa juga. Pihak kerajaan memelihara kawasan ini. Oleh itu dapat dilihat adanya bangunan tradisional dengan bidai-bidai buluh di satu kawasan. Kebetulan pula masa tu ada sepasang pengantin tengah photo shoot, pre wedding, wedding atau post wedding pun tak tahu. Siap ada pedang samurai lagi. Minta izin untuk gambar bersama. Derang ok je. Lepas tu photographer tangkap gambar kami guna kamera dia. Harap-harap bertuah gambar tu. Hehe. Kat sini juga boleh berjumpa Geisha atau Maiko (pelatih) jika kita datang lewat petang. Geisha adalah seorang penghibur yang berkebolehan bermain alatan muzik tradisional, menari tarian tradisional yang memakai pakaian tradisional Jepun.Ingat lagi cerita Oshin yang terpaksa bekerja sebagai geisha? Pengetahuan am tu. hehehe

Lorong dekat sini sahaja yang macam tradisionalnya.

Lepas tu balik ke Osaka semula. Hari yang sungguh penat. Menggunakan kaki semaksimum mungkin untuk mengayuh lagi. berjalan jauh lagi. Naik tangga pun dah berpaut dekat pemegang je. Balik hotel tampal koyok lor.
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails