Friday, January 7, 2011

Cendawan Kain Felt

Time takde buat kerja biasanya belek-belek buku kraftangan. Girang rasa di hati, mendapat apa yang dicari. Punyalah lama beli buku ni sampai dah jadi tukun sebab tak ada masa nak buat. Beli haritu ingatkan nak buat kek ni. Rupanya ada yang lebih menarik. Cendawan dari kain felt.

Kalau pergi ke hotel-hotel kadang-kadang ada bagi sewing kit. Kalau orang lain berebut nak ambil syampu atau sabun, saya pulak mesti sambar sewing kit dulu senang nak bawa ke mana-mana bila pi jalan-jalan.

Masa nak tangkap gambar satu prop lagi takde. Kit menjahit dari hotel

3 jam dah siap...jahit tangan je..sambil tengok tv je buat. Bila dah siap besar la pulak nampaknya malu pulak nak tayang depan orang. Kebudak-budakkan. Lepas ni nak alter sikit bagi saiz ‘s’.

Felt warna merah dah berkurangan sebab buat magnet lady bug. Lepas ni nampaknya kena buat cendawan kartun Smurf.

Beli kat MPH RM 9.90 je. Tapi yang paling best cari majalah untuk kraf kat Amcorp Mall.

No comments:

Related Posts with Thumbnails