Tuesday, January 11, 2011

Sekali ke kebun

Sehari sebelum tu mak dah angin-anginkan bapak nak ajak pergi kebun. Alamak...malasnya. Cari alasan, cari alasan. Selalu bapak akan tanya, esok buat apa? Sekali salah daa..."Esok ikut aku pergi kebun!" Muktamad la tu maknanya. Tak sempat bagi alasan. Adik-adik jangan derhaka. Berbakti kepada ibu, bapa, bangsa dan negara..huhu. Paksa rela. Takpelah bayangkan keseronokan pergi ke BTN suatu ketika dulu. Masuk hutan.

Lebih berbelas tahun tak masuk kebun. Confirm pacat mesti banyak macam dulu. Prepare la dengan minyak gamat dan bedak talkum untuk serangan pacat dan serangga yang lain. Bukan takut pun sebenarnya, dok teringat cerita Indon dulu-dulu yang seorang perempuan ni tetiba mengandung tanpa nikah. Orang kampung semua dok kutuk-kutuk. Sekali rupanya lintah beranak-pinak dalam perut dia. Sangat memberi kesan ceritanya.


Don't play play. But ditaja oleh mak. Nampak sangat tak rajin bersenam. Kasut sukan pun takde. Hehe.


Zrengggennggengg...menebas.


Barulah nampak jalan


Ganjaran untuk diri sendiri kerana kerja kuat.

Laksa Pak Ngah Special. Sangat-sangat sedap dan mengenyangkan.

No comments: