Sunday, January 9, 2011

China Ngaku

Tanda-tanda dah nak dekat Chinese New Year (CNY). Tak payah tengok kalendar pun dah tahu.

  • Kat pasar malam dah jual limau yang kecil2 tu. Sedap makan masa tengok tv.
  • McD dah keluar Prosperity Burger. Tahun ni tak makan lagi.
  • Kat pasar raya dah jual buah Ngaku. Goreng pun sodap. Adik beradik ubi je rasanya.
  • Reriang mulalah datang masa CNY tu. Kalau kat kampung ni selalulah nampak ... kat KL tak perasan pulak.

Selalunya suruh kawan Cina yang beli sebab dia pandai pilih. Ni terpaksalah beli sendiri pulak. Masa tengah pilih-pilih tu, ada seorang auntie tu cakap “ng leng, ng leng”. Maknanya tak cantiklah buah tu. Saya pun tanyalah,"Kalau cantik macam mana auntie?” Weh la auntie tu tak jawab, sibuk lagi dia memilih sambil cakap “ng leng”, “ng leng”. Malu sekejap.

Kawan saya pernah cakap ambil yang besar, saya pula suka ambil yang kecil-kecil sebab hasilnya nanti kecil-kecil je. Dah habis pilih tetiba tu rajin pulak auntie tadi tu menanya, “Masak apa?” “Goreng je.” Kalau derang masak, buat lauk makan dengan nasi.


Kalau terror cuba la hiris terus masuk kuali. Saya tak boleh...kena hiris tempat lain dulu, tak sempat nak kejar nanti. Lepas je masak terus tabur garam sikit. Rasanya lemak-lemak masin.


Siap.

Ni kalau kawan tengok mesti cakap “Walawei hangit!” hehe.

Khas buat my dear friend Miss Lim Moi Keaw, Gong Xi Fatt Cai. Cepat-cepat kahwin. I nak angpau :)

3 comments:

Noorma Ismail said...

reriang tu kat KL takde ler...rindu gak aku nk picit perut dia supaya kuar bunyi...seronok kan zaman kanak2..

weii...raya cina tak datang KL ke??

zarina said...

wei ganasnya..tak datang

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina, Ooooo adik beradik ubi ker..BSB ingat adik beradik bawang putihhhh...kat tesco berlambak diorg jual..kena try nieee..tq 4 info.

Related Posts with Thumbnails