Wednesday, January 26, 2011

Hadiah Untuk Si Comel

Bola sepak buat Danish Azib yang berumur 2 tahun lebih. Setanding dengan bola Jabulani tak?? hehe. Danish ni buas jugak, kalau main dengan dia habis kena gigit ngan tarik rambut. Especially papa ngan Mak Udanya. Bila nak marah mesti teringat masa dia umur setahun masuk hospital sebab jangkitan kuman, terlantar je. Kesiannya duduk dalam wad berminggu-minggu. So biarlah dia buas janji sihat macam sekarang. Sib baik mamanya garang sikit barulah boleh seimbangkannya. Bola ni buat daripada kain perca dan dalamnya taruh loceng supaya menarik perhatian. Kalau ko tension, gigit je bola tu Danish!!

Untuk adik Si Danish ni Mak Uda buat selimut. Dapat je nama dari papanya terus buat nama guna kain felt. Maknanya Puteri Kebijaksanaan. Masa kecil-kecil dulu Mak Uda terpengaruh dengan jenama Ladybird so Mak Uda letak kumbang ni untuk nampak kiut sikit. Ambil masa dua hari untuk disiapkan. Semoga jadi 'selimut busuk' so boleh ingat Mak Udanya selalu. Bantalnya pulak Opahnya buat daripada kekabu. Buat untuk Mia, tapi Danish yang rasmi dulu. Nasib baik Opah buat dua.

Mak Uda

5 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Mak Udanya pun comel ;)

Mummy Eda said...

Patut la senyap dua tiga menjak nih.. ghupenye bertapa siapkan selimut ngan bola ek? Hihihi

Selimut tu kiutnye!!! Boleh buat jual tu.. Nama baby pon sangat sedap.. kelas gitew!

Zaman kita kecik2 dulu ada jual bola cam Danish tu kan? Tapi kalau buat sendiri.. tentu lebih berharga & bermakna! Ada sentimental value..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam zarina,lama tak keudara, sihat ker?ruper nyer bukan pandai buat coklat jer jahit menjahit pun pandai gakkk...

Cendana Kasih said...

Laa...ingatkan gambar zara damia...rupanya gambo mak sedaranyer...

zarina said...

Yong: sesekali interframe :)

MummyEda: Takde maknanya..ni jahit masa tengok tv je hehe..bertapa sebab PC rosak.

Kalau ada orang nak tempah bolehlah buat selimut tu. Tapi kena caj mahal jenuh tu jahit tangan.

Tak perasan pulak bola tu ada zaman dulu2 tapi bentuk heksagon tu selalunya buat selimut.

BSB:PC rosak..lama benor nunggu orang tu baikkan..sihat alhamdulillah

Noorma: comel tak mak sedaranya :)

Related Posts with Thumbnails