Friday, January 7, 2011

Kuala Kangsar


Terpanggil membuat entri ni bila baca surat khabar Utusan hari ni.

Amaran: mungkin akan terkeluar ayat-ayat Perak yang tidak difahami.

Kawan saya selalu panggil saya Kuale murtad sebab bila tanya tempat ni, tempat nun, orang ni orang nun semuanya tak tahu. Bukan jenis peramah, tak bercampur dengan orang sangat namun KK tetap di hati hehe.

Pensyarah saya pernah kata, orang Perak pandai cakap bahasa Inggeris. Dengan bangganya mengangkat tangan bila tanya siapa orang Perak. Nak tahu tak kenapa? Sebab ... Perak yang dijajah British dulu, tughun balik tangan...malu. Sinis betul Prof ni. Dia mula berhujah, “Cuba tanya orang tua-tua dulu, dia tak cakap nak pergi pasar. Dia cakap nak pergi market .” “Haah, betullah, mak saya selalu cakap nak pergi market sampe la sekarang ni. Banyak lagi ayat-ayat Inggeris yang dia bagi contoh...teman dah lupa."

Perjanjian Pangkor 1874 merupakan perintis kepada penglibatan British secara langsung di negeri-negeri Melayu. Melalui perjanjian inilah British mula menempatkan residen mereka. Sebab tu jugalah plat nombor Perak bermula dengan huruf A. Dari apa yang pernah saya baca, masa tu Perak kaya dengan bijih timahnya dan negeri pertama yang mempunyai kereta persendirian. Orang-orang kaya Perak dan pegawai Inggeris bawa masuk kereta supaya senang nak meninjau lombong. Kemudiannya Selangor pun turut pesat dengan bijih timahnya dapatlah plat bermula huruf B.

Perak No 1... begitulah slogan kami walaupun orang kata perak tetap jatuh nombor dua sebab emas nombor 1. Kurang asam betul sesiapa yang berkata begitu. Ate mana nak membuatnya deme ni dengki.

*Kalau orang tanya ‘ate’ tu apa? ‘Ate’ tu so dalam bahasa Inggeris...hehe

Selamat datang ke Kuala Kangsar. Boleh bergambar di Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, pekena laksa dan cendol di lembah dan membeli labu Sayong buat oleh-oleh. Opss kalau rasa-rasa nak tengok pokok getah pertama pun boleh. Kat TV9 7.30 malam ni ada rancangan melawat ke Perak.

3 comments:

Noorma said...

weii...promote kampung nampak..hehehe...

bahasa perak yg glamour
-cakcibor,
-ape ke he nyer yeop (ni mamat khalid slalu cakap)
-moh ler legreh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Saya anak jati perak...hidup perak

zarina said...

bila orang-orang Perak bersuara...hahaha

Related Posts with Thumbnails