Wednesday, January 12, 2011

Laksa Pak Ngah

Sebelum ni dah cerita pasal laksa kuale (Kuala Kangsar) yang memang berbeza dari tempat lain. Memang macam-macam nama pembuat laksa kat sini dan antara yang terkenal Laksa Pak Ngah. Senang aje nak cari sebab lori Laksa Pak Ngah ni memang ada di merata-rata tempat. Masa dulu siap ada jual naik motor lagi pergi ke rumah-rumah. Macam orang jual roti tu. Bagi je pinggan kat dia nanti dia taruhlah. Kenangan sungguh.

Orang KK yang di perantauan kalau balik mesti pekena sepinggan nak lepas gian.

Yang ni saya pergi ke kedainya yang terletak kat sebelah Sekolah Tsung Wah dan berhampiran Balai Bomba.

Dulu-dulu kat sini dikenali sebagai Kampung Laksa sebab memang ada perusahaan membuat laksa. Kedainya masuk ke dalam sikit tapi jangan risau kat tepi jalan tu ada signboard kecil tunjuk jalan. Hari Rabu rasanya dia tutup. Tak confirm sangat tapi hari biasalah.

Sejak 1955 lagi dah ada.

Banyak juga keratan akhbar cerita pasal laksa Pak Ngah ni termasuklah akhbar Cina. Kat sini bukan je makan laksa, masakan lain pun ada.

1st time beli Laksa Pak Ngah Special. Sebelum ni tak tau lah jugak ada menu ni. Terkejut jugak ada telur goreng dalam laksa ni. Ada fish ball, fish cake dan tauhu kering juga.

Laksa kuale tu bezanya dari laksa lain, laksanya diperbuat dari tepung gandum dan kuahnya cair.

Pekena pula dengan ABC, siap ada aiskrim lagi. Memang sedap. Makan tengah hari sampai malam pun kenyang lagi.

Mi Rebus
2 bungkus mi rebus, 1 laksa special, 2 ABC RM15.50 sahaja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails