Thursday, April 14, 2011

Air Asam

Sedapnya air asam. Fuhh memang best ikan panggang dan ayam panggang kalau dapat cicah ni. Kat sini kalau kenduri kahwin memang selalu jumpa ayam panggang cicah air asam. Tapi ayam tak boleh ambil lebih. Huhu. Tapi mana-mana kenduri yang ada air asam memang bestlah. Bagi 5 bintang kat derang. Hahaha.


Kalau pedas lagi sedap ni...biar menangis makan pun takpe. Cili hidup campur ngan cili api sikit. Masuk belacan yang dah bakar sikit. Tumbuk. Bawang, hiris nipis. Masukkan kicap Kipas Udang (opss iklan sat) yang manis tu, air asam jawa dan perah limau nipis. Nak bagi colourful sikit hiris cili hijau sikit. Sebagai petua...kalau kita tumbuk dalam lesung batu..taruh sikit air batu. Maksudnya, taruh air asam jawa tu dalam lesung dan ambil airnya tu lah sebelum dibasuh. Wah susahnya untuk nak terangkan ... tapi korang memang dah pandai, mesti faham punya :)


Ni ikan terubui panggang. Ikan sungai ni lagi sedap makan sebab dia lemak. Bakar dengan daun pisang. Bertambah sedap aromanya. Ikan ni banyak tulang yang kecil-kecil bentuk 'Y' jenuh gak nak makan. Takut tercekik. Kalau masa puasa, eloklah jangan masak ni. Dahlah lapar, nak buang tulang lagi. Tension je nanti..dah kurang pahala.Hahaha.


Ketam rebus ni pun sedap cicah ngan air asam. Ketuk sikit kaki ketam ni sebelum dihidangkan. Baru senang sikit nak makan.

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam zarina..atie pon dah kecur air liur tgk air asam tue..hihi

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, walaupun BBS x faham.. yg pasti memang sodappp...

Cendana Kasih said...

weiii..sedapnyer lauk ko hari ni..especially tang ikan terubui tu...aduhh...nk suruh Syah cari ler plak...

Chempaka Aziz said...

amboi...teliur aku weiiii...aku dh lama tk msk2 cam gini.tk ada kwn nk mkn...sob..sob...sedap...nya..

zarina said...

hahaha..banyak peminat air asam rupanya..

Related Posts with Thumbnails