Sunday, April 10, 2011

Gila Peraduan

Siapa yang tak suka peraduan, kan? Dulu-dulu saya tak suka peraduan yang kena buat slogan sebab rasanya tak pernah menang tapi ada sekali tu saja cuba, dan menang pulak. Baru ada keyakinan, “Oh rupanya aku pandai gak!” Lepas tu ada terbaca satu review buku baru Congratulation! You Have Won oleh Lydia Teh. Buku tu pasal tip nak menang peraduan. Terus cari buku tu dan pratikkan apa yang ditulis. Nampaknya memang lepas tu agak berjayalah jugak tapi peraduan kecil-kecil je.

Bukunya tak dapat tunjuk di sini sebab dah habis dihanyut banjir kilat. Dah namanya banjir kilat, satu apa pun tak dapat selamatkan. Sedih tengok banyak buku yang kena buang..huhuhu. Pernah juga cari buku ni balik tapi masa tu dah tak print. Nasib baik baca dengan hati so ingat jugalah apa yang ada dalam buku tu.

Setiap slogan mesti lain daripada yang lain, ada unsur humor, perbandingan dengan sesuatu benda (metafora, simili) dan memang kena fikir di luar kotak. Pendek kata yang merepek tu lebih baik. Jangan pilih slogan yang macam, Saya suka produk XYZ sebab bagus dan harganya murah.

Antara contoh slogan yang bertuah:

1)MPH Quill (Valentine Contest) I love you because ... you are my punching bag everytime i’m going mad.

--dapat Pen Parker

2)Intrend(Pensonic Contest)Nyatakan seorang Rakan Pensonic dan nyatakan mengapa (tak lebih 20 p.p)

Azizan Nin-Hair Dryer. Obsesi dengan wataknya seorang metroseksual di dalam SPA Q yang memerlukan rambutnya sentiasa disisir rapi.

--dapat dapur induksi dan kipas Pensonic

3)Radio Era

3 soalan yang paling kreatif untuk ditanya kepada David Beckham

  1. Memandangkan anda seorang yang kaya dan glamour, adakah anda pernah mencuci kasut bola sendiri?
  2. Apakah lagu Spice Girl yang anda hafal?
  3. Berapa kalikah anda menonton ‘Bend It Like Beckham’?

-yang ni adik yang buat dan dia dapat training bola dengan Beckham masa Beckham datang Malaysia.Gambar masuk muka depan Utusan.Bangga giler dia time ni. Dengki..dengki :)

4)The Sun (Shrek 3) If I’m an Ogre...I would promote myself as a mascot for Visit Malaysia 07

-dapat t-shirt ngan tiket wayang

5)Hot-Gambar 3 orang, Michelle Yeoh dengan 2 orang artis Hollywood, kena buat dialog.

Smile everybody, we’re in HOT, Ipoh Mali Talak Sombong, Malaysia Boleh

-dapat barangan LOREAL RM200

6)Plus-Touch N Go gempak kerana...(3 p.p) penghubung setiap destinasi

-dapat Touch N Go RM100 Limited Edition Stephen Chow CJ7

7)Nivea-I wish get a called from Nivea...to become the Nivea spokeperson

-dapat barangan Nivea RM100

Saya tak masuk peraduan yang kumpul-kumpul barang yang memerlukan kita menggunakan duit yang banyak sebab takut pulak jadi haram peraduan tu kerana adanya unsur-unsur perjudian iaitu bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan. So berhati-hati dengan peraduan yang perlu SMS banyak kali dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan Peraduan Gores dan Menang.


9 comments:

Cendana Kasih said...

bagus, bagus...pas ni masuk banyak2 lagi peraduan yer...pastu leh kongsi hadiahnya ngan aku...hehehe....

zarina said...

insya-Allah ada bahagian untuk kengkawan2 :)..thanks gak kat ko sbb tlg ambil hadiah haritu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

best nyer kalau kita yg menang..rasa dah beruntung betul lerrr...

yongzu @ 9W2YZU said...

Satu perkongsian ilmu yang bagus... Untunglah kami walaupun tak masuk peraduan dapat juga sesekali menumpang hadiah ;)

Semoga dapat hadiah "sebuah rumah" atau "sebuah kereta" ke... lepasni he he he...

zarina said...

Amin..hadiah yang diidamkan, pakej percutian luar negara, rumah n kereta :)

Muhammad syukri said...

Mohon izin guna slogan awak

zarina said...

Boleh

N Masturah said...

Ilmu yg bgus. Terima kasih atas perkongsian,sis 😊

zarina said...

Sama-sama :)