Wednesday, November 23, 2011

2PM

Tengok orang yang minat K-Pop ni kadang-kadang tak tau nak sembang apa, kan, so nak cerita sikit pasal 2pm yang akan datang Malaysia ni. Sekurang-kurangnya ibu-ibu, kakak-kakak, bolehlah menyampuk bila derang bercerita pasal ni untuk merapatkan jurang.

2pm di bawah label syarikat JYP. Sama dengan kumpulan Wonder Girl yang popular dengan lagu Nobody nobody tu. Bos JYP ni berhasrat nak tubuhkan kumpulan yang berdasarkan 1 hari so jadilah 2am yang nyanyi lagu balada dan 2pm yang nyanyi lagu rancak.

Pada asalnya dalam 2pm ada 7 orang ahli tapi tinggal 6 orang kerana ada kontroversi. Jaeboom yang merupakan ketua kumpulan disingkirkan. Kisahnya, dia ni buat komen kat laman Myspace bahawa dia tak sukakan Korea. Jadi ramailah peminat yang mengkritiknya kerana tak patut cakap macam tu. Bagus jati diri orang Korea ni, semangat cintakan negara. Tapi setelah reda kontroversi tu barulah dapat tau sebenarnya Jaeboom tu buat kenyataan macam tu sebab masa tu dia tengah training dan orang salah tafsir kenyataan dia tu. Sekarang ni dia bergerak solo dan popular juga dan kini dikenali sebagai Jay Park.

Pertama kali 2pm datang ke Malaysia ni dan peminatnya memang tak sabar-sabar sangat dah. Peminat 2pm digelar Hottest. Konsert 2pm Hands Up Asia Tour Live Malaysia 2011 akan diadakan di Stadium Negara 25 Nov. Tiket paling mahal RM638 dan paling murah RM188.


Di 8TV, Sabtu 6.30 ada tayang cerita yang dilakonkan oleh ahli 2pm, Dream High tapi bukan semua yang berlakon, Taecyeon dan Wooyoung je. Antara ahli yang popular dalam 2pm, Nickhun yang berasal dari Thailand. Popular sebab dia handsome. Junho digelar juga sebagai Maharaja dan Taecyeon dipanggil Ok Cat sebab suka kucing.

Dalam setiap konsert, peminat-peminat akan tunjukkan sokongannya pada ahli yang digemarinya dengan memakai apa-apa yang boleh menggambarkan personaliti ahli tersebut.



Mesti ada yang bosan sana-sini cerita pasal Korea je tapi bagi peminat ‘kipas berani mati’ ia memberi impak positif dengan bekerja keras untuk kumpul duit sebab nak beli saluran Astro Beyond sebab dalam tu ada saluran khas Korea. Malah aim nak pergi Korea sebab terpengaruh dengan cerita Korea. Mesti nak pergi lokasi filem Winter Sonata atau kalau boleh tengok rumah Full House tu dari dekat. Malah sangat teruja untuk belajar bahasa Korea. Harap-harap derang ni pun mempunyai semangat kerja yang tinggi dan jati diri macam rakyat Korea (Dasar Pandang Ke Timur masih relevan).

Jangan risau, ‘kegilaan’ derang ni sama macam zaman dulu-dulu masa Backstreet Boys dan New Kids On The Block. Siap hafal step tarian lagi dan mengaku yang ni Mrs Knight, Mrs Mcintyre. Kalau tempatan pula, nama sendiri akan bertukar jadi Black, Kid dan Awie. Zaman ada video juga, rajin benor menyewa tape konsert BSB dan NKOTB ni dan record apa-apa yang tayang kat tv. Kelakarnya, taruh button badge kat beg sekolah lagi sebagai tanda sokongan. Alamak bunyi macam tua je rasanya. Aiseh.

Zaman sekarang, google sahaja semua cerita keluar, siap boleh tweet lagi dengan artis kegemaran walaupun dia tak pernah reply tweet. Kita ikut sahajalah gelombang K-pop ni. Lama-lama rasa keterujaan tu akan hilang dengan tiba-tiba. Layan lagu ni, antara kegemaran saya:

3 comments:

IdaShazana said...

adakah kepala anda yg ku lihat itu?

Anonymous said...

COKLAT 2PM TU JUAL X? BOLEH ORDER?

zarina said...

IS: salah sama sekali tekaan mu itu :)

A: ramai yang dah reserve yang ni. Kalau pergi konsert esok mungkin ada lagi yang gambar group punya.

Related Posts with Thumbnails