Masa dekat Brunei takde buku kraf yang keluaran sana, banyaknya pun buku dari Malaysia jugak. Jadi tak beli apa-apa. Masa dekat Hong Kong pun tak banyak buku kraf, melawat satu kedai saja dekat Times Square. Di Singapore nampak MPH masa naik MRT, ingat nak singgah lepas balik dari tengok Fountain of Wealth, rupa-rupanya dah tutup masa balik tu. Tak sempat la pergi. Kalau di Thailand pun banyak buku kraf keluaran sana, tapi tak berkesempatan pergi lagi. Cuma dapat hadiah dari sana sahaja. Kalau pergi Jepun agaknya mesti banyak buku patchwork, kait atau origami sebab dulu-dulu banyak beli bukunya bahasa Jepun. Kena tunggu orang bagi hadiah dari sanalah nampaknya.
Yong hadiahkan, dari Thailand. -pabtanbaht- tak tau maksudnya tapi hiasan lipat-lipat duit, memang sepenuhnya bahasa Thai tapi tak jadi masalah sebab tengok gambar je. Sesuai, kan untuk nak buat hantaran?
Yong hadiahkan untuk mak, dari Thailand. American Quilt oleh Masako Wakayama. Menarik, ada langkah demi langkah dan template sekali. Istimewanya kedai buku ni siap dia balutkan plastik lagi lepas kita bayar. Jadi tak payahlah kita nak balut-balut lagi ... sebenarnya masa dulu-dulu je yang rajin membalut takut buku rosak... hehehe.. sekarang dah malas.
Beli di Medan, siap langkah demi langkah lagi tapi tak pernahnya jadi bila buat. Itulah dinamakan takde kreativiti menghias kek. It's too complicated to me. Tengok gambar je cukuplah at least tahu macam mana kek tu boleh jadi cantik macam ni.
3 comments:
kalau tau tak jadi, buat pe lagi simpan buku cara mudah menghias kek tu.
hadiahkan pada yg tau...macam aku ni, :)
Jom kita pergi melancong ke kampung-kampung buku (book village/book town) serata dunia....:)
IS: sebahagian daripada kenangan mana bleh bagi orang sesuka hati, lain la kalau p medan tiap2 hari
YZ: ada sponsor leh je :)
Post a Comment