Tuesday, November 20, 2012

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Sandakan

Merupakan penempatan sementara bagi anak-anak orang utan yang terbiar dan tercedera. Menjadi pusat konservasi, kajian, penyelidikan dan rawatan orang utan

Kalau nak tengok kena pergi waktu orang utan ni diberi makan iaitu pukul 10 pg dan 3 petang. Kalau datang lewat rugilah. Masuk RM 5 dan kamera RM10. Mahal tuh dah la kamera kecik ke besar ke sama je harganya.
Lebih kurang 40 minit perjalanan dari pekan Sandakan menaiki teksi, kalau pagi tu agak sibuk jalannya sebab orang nak pergi kerja. RM40 satu hala. Kalau minta orang teksi tu tunggu sementara kita nak tengok orang utan ni, tambahan RM10 untuk satu jam.  Lebih baik sewa kereta, boleh jalan-jalan di kawasan sekitar lagi.

Ada locker untuk simpan beg



Kera tengah bersantai

Menunggu pukul 10

Sedia

Tu dia..dah habis zoom ni, itu je la yang nampak dalam gambar





Wajah-wajah sepilok nama bukan main tu, ada mimi, mariko, britt

time makan

Related Posts with Thumbnails