Friday, November 9, 2012

Rumah Bertanggak

Tak ada pula makna sebenar di dalam kamus tapi orang Perak biasanya tahulah. Merupakan rumah tempat rombongan pengantin berkumpul sekejap sementara sama-sama nak berarak mengiringi  pengantin. Kadang-kadang rumah yang dipilih adalah rumah jiran-jiran atau saudara-mara yang terletak berdekatan dengan rumah yang akan berlangsung acara perkahwinan tersebut.

Ketika menghadiri kenduri di Sandakan, rumah bertanggaknya di kampung air iaitu rumah nenek pengantin perempuan. Kami berehat sebentar di situ sementara menunggu pengantin bersiap. 


Rumah-rumahnya dibina berdekatan dan alamatnya berpandukan kepada nombor jambatan misalnya Jambatan 19. Penghujungnya terus ke laut, tak ada langsung penghadang. Seram gak kot ada pulak orang yang menolak dari belakang. Dahlah tak tau berenang. Sebelum ini pernah melawat kampung air di Brunei, so lebih kurang sama je lah keadaannya.

 

 
Kendurinya diadakan di dewan yang terletak di tepi jalan jadi tak adalah orang ramai penuh kat  sini. Sama seperti di Semenanjung juga ada bersanding, menepung tawar dan makan beradap. Di sini ada kendurinya, tengah hari jemputannya lain, malamnya pula jemputannya lain. Lepas tu ada yang 3 hari, 7 hari tapi yang ni tak adalah buat macam tu. Selepas acara potong kek ada acara menari. Saya tak tengok masa tu sebab dah balik hotel. Rugi, padahal datang ke sini nak tengok perbezaan perkahwinan.

 
Pada masa dulu tiada hiburan jadi majlis perkahwinan dimeriahkan dengan tarian dan sampai sekarang diteruskan. Macam orang dulu-dululah ada joget lambak. Budak yang umur 4, 5 tahun pun dah pandai menari macam orang dewasa.  Pengantin hanya duduk di pelamin melihat.  Itu pasallah kedudukan mejanya tak penuh dan memang nampak kosong di hadapan sebab ia akan ditolak untuk bagi ruang menari.


Semoga berbahagia Apit dan Siti.

No comments: