Friday, January 24, 2014

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

Masjid ini bersempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan yang memerintah semasa masjid ini dibina dan juga pembangunan masjid itu adalah titah daripada baginda sendiri. Ia mula dibina dalam tahun Hijrah 1311 bersamaan tahun Masihi 1893. Mula siap dan mula digunakan pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan Februari 1900 Masihi. Tempat mengambil wuduk diletak di sebelah bawah supaya kebersihan tempat sembahyang dan hamparannya terjamin dari kena basah dan kotor.  Satu keistimewaan masjid ini kerana sentiasa sejuk atau berhawa nyaman walaupun dalam keadaan panas.  (Sumber:  Info dari Masjid Abu Bakar). 

Mengikut pembacaan  saya dari buku Raja Melayu Kerabat dan Pembesar Cetakan Kedua (Ainna’s Publications) Keistimewaan masjid ini ialah kerana dindingnya dibina dengan mencampurkan putih telur yang digaul dengan simen.  Masjid ini berharga $400 000. Ia dibina seratus peratus menggunakan tenaga orang-orang Islam yang dibawa dari Teluk Belanga, Singapura.

Semasa kami datang melawat ada rombongan dari Jepun turut sama. Nampak mereka asyik dan kagum melihat binaan masjid ini.


Masjid ini terletak di atas bukit dan dapat lihat Singapura di sebelah sana.

Masjid Sultan Abu Bakar
 Kami kemudiannya menuju ke Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak berdekatan jugalah dengan masjid ni malangnya ditutup untuk baik pulih (Disember 2013). Pengawal di situ kata barang-barang telah dipindahkan ke Muzium Tokoh Johor. Pergi sana pun sama, baik pulih gak. Mungkin tengah bersiap untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 kot masa tu.


Bangunan Dato' Jaafar
Telah dibina di akhir tahun 1890an oleh Dato’ Jaafar bin Onn. Menteri Besar negeri Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar. Bangunan 3 tingkat ini terletak di puncak Bukit Senyum di samping dapat melihat Selat Tebrau dan Singapura. Ciri-cirinya merupakan reka bentuk bangunan British yang terdapat 4 menara iaitu satu pada setiap sudut. Di bahagian tengah bumbung dibina kubah berbentuk payung dan mempunyai tangga untuk naik ke ruang tengah dengan bentuk yang menarik. (Sumber: Info dari Bangunan Dato’ Jaafar)

Keratan akhbar dari Utusan Malaysia. Beginilah bangunan Dato' Jaafar ini pada tahun 1886.

No comments:

Related Posts with Thumbnails