|
Masjid Sultan Abu Bakar |
Masjid ini bersempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan yang
memerintah semasa masjid ini dibina dan juga pembangunan masjid itu adalah titah
daripada baginda sendiri. Ia mula dibina dalam tahun Hijrah 1311 bersamaan
tahun Masihi 1893. Mula siap dan mula digunakan pada hari Jumaat 1
Syawal 1317 Hijrah bersamaan Februari 1900 Masihi. Tempat mengambil wuduk diletak di sebelah bawah supaya
kebersihan tempat sembahyang dan hamparannya terjamin dari kena basah dan
kotor. Satu keistimewaan masjid ini
kerana sentiasa sejuk atau berhawa nyaman walaupun dalam keadaan panas. (Sumber: Info dari Masjid Abu Bakar).
Mengikut pembacaan saya dari buku Raja Melayu Kerabat dan
Pembesar Cetakan Kedua (Ainna’s Publications) Keistimewaan masjid ini ialah
kerana dindingnya dibina dengan mencampurkan putih telur yang digaul dengan
simen. Masjid ini berharga $400 000. Ia
dibina seratus peratus menggunakan tenaga orang-orang Islam yang dibawa dari
Teluk Belanga, Singapura.
Semasa kami datang melawat ada rombongan dari Jepun turut
sama. Nampak mereka asyik dan kagum melihat binaan masjid ini.
|
Masjid ini terletak di atas bukit dan dapat lihat Singapura di sebelah sana. |
|
Masjid Sultan Abu Bakar |
Kami kemudiannya menuju ke Muzium Sultan Abu Bakar yang
terletak berdekatan jugalah dengan masjid ni malangnya ditutup untuk baik pulih
(Disember 2013). Pengawal di situ kata barang-barang telah dipindahkan ke
Muzium Tokoh Johor. Pergi sana pun sama, baik pulih gak. Mungkin tengah bersiap
untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 kot masa tu.
|
Bangunan Dato' Jaafar |
Telah dibina di akhir tahun 1890an oleh Dato’ Jaafar bin
Onn. Menteri Besar negeri Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu
Bakar. Bangunan 3 tingkat ini terletak di puncak Bukit Senyum di samping dapat
melihat Selat Tebrau dan Singapura. Ciri-cirinya merupakan reka bentuk bangunan
British yang terdapat 4 menara iaitu satu pada setiap sudut. Di bahagian tengah
bumbung dibina kubah berbentuk payung dan mempunyai tangga untuk naik ke ruang
tengah dengan bentuk yang menarik. (Sumber: Info dari Bangunan Dato’ Jaafar)
|
Keratan akhbar dari Utusan Malaysia. Beginilah bangunan Dato' Jaafar ini pada tahun 1886. |
No comments:
Post a Comment