Sunday, September 20, 2015

ETS Padang Besar - Bahagian Akhir

Arked Niaga. Di depan, di belakang, di tepi, arked ni semuanya tempat membeli-belah.
Sampai dalam pukul 10 disambut gerimis. Memandangkan ia stesen akhir jadi ramai yang turun dan ikut sahaja orang pergi ke mana. Kena naik jejantas, dan sudah nampak papan tanda menunjukkan arah arked niaga. Mula-mula nak try jalan juga sebab orang kata dekat sahaja, memandangkan hujan dah lebat sikit, naik teksi sapu. Di kaki tangga jejantas tu memang banyak la teksi sapu memanggil-manggil. Tambang ikut kepala. Seorang RM3. Hmm baru naik, pastu dia keluar sikit parking, pastu dah sampai. Haha kejap bebenor, 5 minit je rasanya. Tapi takpelah susah pun mak nak jalan.

 Kedai tak buka lagi. Aduhai. Dalam 10.30 tu barulah mula buka sikit-sikit.  Saya ni memang bukan jenis membeli sangat. Lagipun setiap kedai sebelah-menyebelah pun jual benda yang sama, jajan, jersi, pakaian, tudung. Yang menarik perhatian saya satu kedai tu jual beg/bakul anyam dari Siam. Ha yang tu macam-macam jenis pilih. Mak siap beli bunga orkid ngan benih dari Siam. Last beli jajan 3/4 peket RM10, beras Siam sekilo, paste kari hijau, tomyam.


 Makan tengah hari di sana. Pukul 1 dah balik. Sempat aja. Kalaulah ambil tiket pukul 4  mau jenuh juga nunggu. Memandangkan tangan pun dah penuh di kiri dan kanan, memanglah kena naik teksi hehe. Kali ni RM5 sekepala. Rupa-rupanya harganya mahal sebab ikut jalan lain. Ni memang tak perlu naik jejantas dan terus ke stesen. Dua kali tanya, eh betul ke nak pergi stesen padang besar,  jauh benor. Risau la jugak kot sampai ke Thailand pulak nanti.

Tren 2.30 ptg

Padang Besar  2.30 ptg
Bukit Ketri  2.42 ptg
Arau 2.51 ptg
Kodiang 2.54 ptg
Anak Bukit 3.06 ptg
Alor Setar -lena
Kobah 3.21 ptg
Gurun 3.31 ptg
Sungai Petani 3.42 ptg
Tasek Gelugor 3.52 ptg
Bukit Mertajam 4.03 ptg
Butterworth 4.14 berhenti dalam 10 minit. Driver tukar tempat  dan pandu  bahagian satu lagi pulak dan patah balik ke Bukit Mertajam. Kiranya Bukit Mertajam tu dua kali berhenti.
Bukit Mertajam 4.36 ptg
Nibong Tebal 4.50 ptg
Parit Buntar 4.54 ptg
Bagan Serai 5.01 ptg
Kamunting 5.20 ptg
Taiping 5.24 ptg
Padang Rengas 5.37 ptg
Kuala Kangsar 5.45 ptg


Sebelum ni pintunya cepat sangat tutup tak sampai seminit. Jadinya, bila dah bawa barang banyak ni, kenalah bersedia cepat. Lepas je Padang Rengas dah siap-siap dan bila nampak macam nak sampai dah ‘paksa’ mak duduk dekat pintu keluar sebab mak sakit lutut jadi kena berdiri lebih awal supaya tak cramp kaki tu nanti. Ceh bila orang bersedia, lambat pulak tutup pintu. Rasanya macam satu atau dua minit pulak berhenti. Hehe..mesti orang dalam tu tengok kejamnya anak ni awai2 dah suh maknya bangun. Lain kali kita relax je. Ada pekerja KTM di luar tu yang duk tunggu nak pastikan semuanya ok. 

*oleh kerana perkhidmatan ETS ni baru. Jadualnya belum betul-betul tetap lagi. Setiap bulan mungkin jadual waktu perjalanannya sama dengan sebelumnya atau akan ada penambahan. Jadi memang kena check dulu sebelum nak beli. Sebab masa mula-mula dulu, tren ni start pukul 5 pagi. Sekarang 6 pagi, akan datang entah pukul berapa pulak. Kekal atau tambah.
Related Posts with Thumbnails