Thursday, September 17, 2015

ETS Padang Besar - Bahagian 1


Kemunculannya dinanti hehe. Memang tak pernah naik kereta api arah utara. Walaupun ada saudara mara di Kedah tapi lebih mudah naik kereta memandangkan kereta api dulu-dulu kan lambat juga sampainya mau dekat lima enam jam. Lagipun jadual perjalanannya, sampai sana mesti tengah malam atau subuh-subuh sepiie.

Beli tiket sehari sebelum pergi. Ada 2 waktu, tren dari Ipoh, 6.29 pagi gerak. Tren dari Kuala Lumpur pukul 12.05 gerak. Eloklah pergi awal-awal pagi, sejuk sikit nak berjalan. Tambang sehala untuk dewasa RM46 manakala warga emas RM27.

Elok beli tiket balik terus memandangkan excited je orang nak pergi sekarang, kan tiket cepat habis. Ada dua waktu dari stesen Padang Besar, pukul 2.30 petang dan pukul 4 petang. Mula-mula nak ambil pukul 4. Amboi lama benor nak shopping ya. Tiket habis. Jadinya ambil pukul 2.30 petang, macam rasa tak cukup masa je. Ok takpe, matlamatnya nak try je.

Stesen  KTM Kuala Kangsar
 Stesen dah berubah rupa, bangunan baru memang beza sangat-sangat dengan dulu. Kalau dulu ramai-ramailah boleh menghantar hingga naik kereta api tapi sekarang cuma penumpang je turun. Lepas tu dari tangga kereta api dengan tanah pun biasanya agak tinggi, kalau bawa beg besar, susah gak nak turun, akhirnya campakkan je beg tu dulu. Sekarang, sama paras sahaja jadi orang yang sakit lutut/warga emas/OKU senang nak naik.

Rujuk platform anda di sini

 Pukul 5.40 pagi dah sampai stesen.  Solat di surau stesen. Kalau rapatkan saf bolehlah muat dalam 12 orang dalam satu masa.

Platform. Tak perlu risau kalau hujan sebab memang berbumbung. 

Ada tulis tanda koc di simen tu. Jadi kita boleh tunggu di koc yang betul.
6.30 pagi. Wah!! Depannya ala-ala bullet train. Baru masuk 3 orang udah pengumuman nak tutup pintu. Cepat benor nak jalannya, tak sampai seminit berhenti. Baru nak cari kerusi dah jalan. Mujur masuk pintu yang betul terus jumpa kerusi.
Stesen yang dilalui:

1.Ipoh 6 pagi
2. Tasek
3. Sungai Siput
4.  Kuala Kangsar  6.30pg
5. Padang Rengas  *masa ni terus pergi kafe jadi tak tahu bila sampai
6. Taiping  6.53pg
7.  Kamunting 6.58pg
8.  Bagan Serai 7.16 pagi
9. Parit Buntar 7.23 pagi
10. Nibong Tebal 7.28 pagi
11. Butterworth 7.50 berhenti dalam 10 minit. 
12. Bukit Mertajam  
13.Tasek Gelugor
14. Sungai Petani 8.35 pagi
15. Gurun 8.47 pagi
16. Kobah 8.57 pagi
17. Alor Setar 9.06 pagi 
18. Anak Bukit 9.12 pagi
19. Kodiang 9.24 pagi 
20. Arau 9.29 pagi
21. Bukit Ketri 9.36 pagi
22. Padang Besar 9.48 pagi


Yang tak ada  tulis masa tu, lena. Air cond sejuk, mudah beno terlelap. Kelajuan 135-140km/j. Dari Kuala Kangsar  hingga Parit Buntar boleh nampak sawah padi, kelapa sawit dan kelapa. Masuk kawasan Perlis suasana bertukar ke pokok getah.





3 comments:

Kak Vit said...

stesen pun dah cantikk

Tips kulit wajah cantik

Kak Vit said...

salam perkenalan daripada saya follower #102

jom folo saya

zarina said...

Salam perkenalan juga :)