Sebenarnya nak cerita tentang Si Uling si kucing jalanan ni. Di awal Ramadan memang ada nampak datang makan di rumah lepas tu hilang tanpa khabar berita. Ada juga dengar cerita dekat kampung ni ada seorang ni yang tak suka kucing. Bila kucing lalu depan rumahnya, dibuangnya ke pasar. Memang banyak kucing jiran yang hilang tanpa dikesan sama ada mati/dibuang/dilanggar tidak pasti. Oleh kerana lama dah tak nampak Si Uling ni terfikir gak mesti dah kena buang ni.
Alih-alih 13 Syawal yang lalu tetiba dia muncul. Orang lain balik kampung masa raya, ni dah pertengahan Syawal baru balik. Salah kira tarikh kot. Heheh. Memang nampak macam kebulur je. Hai entah ke mana lah sebenarnya dia menghilang. Pernah juga kucing kat rumah ni yang dibuang di pasar, balik setelah beberapa minggu. Jadi ia tak menghairankan.
ZZZZ Kuntum .. credit gambar cik lea |
Si Kuntum, kucing rumah ni. Kalau Hari Raya mulalah tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi..hhmm memang tak mandi. Ramai orang balik dan datang beraya. Dia ni perasan cantik lah juga..pan asian ni tau dia malas nak layan orang. Menyembunyikan diri dengan naik di kabinet yang tinggi. Orang boleh pandang sahaja, nak pegang-pegang tak boleh. Akhirnya, bila semua orang dah balik, sardin je dia tidur tengah rumah. Lena sungguh, Merdeka!
#kuntumTheCat
#kuntumTheCat
No comments:
Post a Comment