Monday, September 8, 2014

Nama Kucing Bahagian 2

Kat rumah ni ada sahaja kucing gelandangan yang datang. Mungkin tersesat atau dibuang orang dekat kawasan ini. Yang ni masa datang dulu kurus sahaja. Muka sakit mata pun macam juling. Oleh sebab banyak sangat kucing yang datang sekejap sekejap jadi  pemberian nama ikut ciri-ciri fizikal sahaja. Teringat ketua murid masa sekolah dulu namanya Joon Ling so jadi la kucing ni namanya Joonling kalau nak manja-manja sikit namanya Uling. Sekarang ni dah berisi. Muka pun dah comel dan takde nampak juling dah tapi masih belum jinak.
 
Uling
Yang ni tak tau jantan betinanya. Ekornya panjang dan menghalang nak tengok jantinanya. Kalau tengok muka nampak lembut macam betina. Dekat sebulan masa bergaduh dengan kucing lain, barulah nampak jantan rupanya. Namanya si Ekor Panjang. Ni kes dah tak tau nama yang nak diberi. Ada seekor lagi warna putih dan tompok hitam jadilah Si Tam Tih. Seekor lagi warna kelabu, jadilah Si Kelabu.

Ekor Panjang
 Sebelum ini saya ada ceritakan fasal kucing mak cik yang namanya Tiger. Dah besar sekarang, memang macam rimau le perangainya. Tak tahu nak simpan kuku. Habis tuannya pun calar balar dibuatnya. Saya pun memberi nasihat, tukarlah nama. Alah sama macam budak-budak yang asyik nangis sebab nama tak sesuai tu,kan.  So tuannya tukar nama Intan.  Kadang-kadang Intan Tiger, last-last jadi Tan Tiger. Haha siap ada surname tu.

Yang ni baru datang gak. Tersesat gamaknya. Anak kucing. Bernasib baik sebab mak cik nak bela. Tapi dah lah si Tan Tiger asyik nak memukulnya. Kesian. Nasib baik dia ada kawan bermain, Si Ekor Panjang. Nanti boleh bergabung bersama buli si Tan Tiger. Ok!
Comel

Nama kucing ni sebenarnya sama sahaja macam nama orang, ikut peredaran masa. Zaman mak saya dulu,

Bontar – bahasa Mandailing yang bermaksud warna putih

Aswad – bahasa Arab yang bermaksud hitam

Luxsoap- dulu-dulu sabun Lux hanya ada warna putih jadi kucing tu warna putih. Kreatif tak? Haha. Siap boleh tahu sejarah lagi, sekarang ni sabun Lux dah ada macam –macam warna.

Babu- sebenarnya kucing tu namanya Abu. Tapi pembantu rumah pula bertunang dengan seorang yang bernama Abu. Untuk mengelakkan orang tu tersinggung le pulak bila panggil kucing tu,kan jadilah tambahlah satu huruf dan dipanggil Babu.

Masdor-sempena nama Kassim Masdor

Tony- sempena nama Tony Kassim hero filem dulu-dulu.

Biar apa pun namanya kadang-kadang nampak macam kucing ni faham namanya tapi rasanya dia ikut nada suara kita panggil namanya tu. Cer cuba panggil nama lain tapi dengan nada suara yang sama, datang juga dia. 

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya suka kucing..tapi anak2 ada yang asma..

zarina said...

BSB belalah kucing-kucing ni kat luar rumah je..tak payah bagi masuk. Seronok gak tengok telatah deme ni.