Thursday, November 17, 2016

Moh pergi Pekan Rabu balik hari je naik komuter.

Kalau pi Alor Star, tempat shopping untuk bawa balik buah tangan memang kena pi Pekan Rabulah sebab macam-macam ada kat situ. Sejak ada ETS, pergi Padang Besar pun balik hari je, tapi trip perjalanan tak banyak, dalam sehari dua atau tiga sahaja (kalau tak silap) tapi sejak ada komuter ni lebih banyak trip perjalanan. Sebelum ini komuter ke Utara hanya bermula dari Taiping, tetapi bermula dari 1 September 2016, dah ada di Padang Rengas. Kuala Kangsar-Padang Rengas hanya lebih kurang 15 minit sahaja, senang juga nak pergi.

Alhamdulillah, untungnya duduk di KK, walaupun kecil je tapi macam-macam ada tau. Urusan KWSP senang je 10 min je pergi, Tabung Haji, 10 min je pergi, nak pergi servis Proton, Perodua, 10 min juga pergi. Nak pergi beli barang kuih/borong 10 min je pergi. Nak buat IC, 10 min jugak nak pergi, nak pergi renew lesen JPJ, 10 min juga nak sampai pejabat pos tu. Kalau nak pergi pasar raya besar, boleh je ke Ipoh atau Taiping sebab kami di tengah-tengah kan. Kalau nak buat rawatan lanjutan di hospital besar pun kadang doktor tanya nak hospital Ipoh ke Taiping? Dalam setengah jam - 45 min je perjalanan. Cuba kalau duk KL tu, memang banyak pilihan tapi semua jauh-jauh,kan? 

Haha jangan marah ya promote habis KK.



Kekerapan komuter antara 1 hingga 2 jam. Sebenarnya saya belum cuba lagi, tapi ambil pak cik dan mak cik yang datang dari Alor Setar jadi tak boleh nak review lebih. Dari Alor Setar nak ke Kuala Kangsar, transit di Bukit Mertajam untuk tukar tren. Tambang untuk warga emas RM6 (ada sen lagi rasanya). Tiada lif, hanya tangga tapi kalau untuk warga emas boleh turun tempat yang untuk kerusi roda tu.

Ni, 49 anak tangga. Mak cik saya mengira. Masa tu tak tau boleh turun di tempat lain.

Tempoh perjalanan (termasuk menunggu di stesen transit) lebih kurang 3 jam. Komuter tiada tandas dan kantin. Waktu perjalanan boleh rujuk di ktm.

Kalau dari stesen Alor Star nak ke Pekan Rabu tu, kenalah naik teksi sebab stesennya memang macam tersorok sikit, bukan di jalan utama.  Tu je yang masalah problemnya hehe. Jadi kena bersedia untuk tambang yang tak ikut meter. Sila tanya dulu ya supaya tak terkejut nanti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails