5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Ia
mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan
jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipratikkan di Malaysia, Thailand,
Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Rusia, Hungary, Poland, Bulgaria,
Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. 5S ialah singkatan kepada
perkataan Jepun iatu Seiri-Sisih, Seiton-Susun, Seiso-Sapu, Seiketsu-Seragam
dan Shitsuke-Sentiasa Amal. Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti
dan produktiviti secara berterusan.
Dipetik daripada artikel Aplikasi 5S dalam persekitaran
koperasi. Majalah Dimensi Koop, April 2015, terbitan Maktab Koperasi Malaysia.
Kisahnya, saya menyertai kursus koperasi dan diterangkan 5S
ni. Penceramah tu secara seloroh, apa kata kita buat 5S dalam beg tangan
wanita? Mesti banyak yang kena sisih. Hehe. Seperti ramai yang sedia maklum beg
tangan wanita magic, macam-macam ada.
Lebih-lebih lagi kalau yang mak-mak tu, botol susu, lampin, jajan semua ada.
Teringat lagi masa di
U, waktu exam. Kebanyakan budak lelaki lenggang kangkung. Bawak pen sebatang je
selit kat poket. Bersedia betul mereka tu. Kalau yang perempuan, siap bawa buku
konon sempat nak study sebelum masuk dewan.
Saya taklah gegirl sangat dengan beg tangan berjenama dan
isi make up tapi memang macam-macam jugalah dalam beg tu. Ikut keperluan. Kalau
kenduri lain isinya, kalau perjalanan jauh lain isinya, kalau perjalanan dekat
pun lain isinya.
Barang utama dalam hand bag untuk perjalanan jauh. |
1.Purse. Of course.
2.Telefon. Of course.
3.Botol air. Kalau perjalanan jauh memang perlu. Masa pi kenduri
pun memang selalu bawa. Botol air bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi
penyelamat ketika dalam toilet. Pernah berpengalaman masa pergi toilet, air
tiada. So mana nak cari air lagi kan. Cuba bayangkan kalau kita bawa air oren
dalam beg. Ha.. kalau darurat boleh je kan.
4.Payung. Memang sentiasa dalam beg. Peneman ke mana sahaja
waima ke luar negara. Payung beli tahun 97/98 lagi. Tahan lagi tau. Cuma koyak
sikit-sikit tapi saya jahit semula. Mana nak cari payung kecil yang muat beg
tapi tahan lama macam ni. Payung yang memalukan diri, bila angin bertiup kuat,
payungnya naik ke atas. Hehe. Setakat ni, payung ni tak buat perangai begitu.
Penting tau payung ni sebab bila hujan tiba-tiba kita boleh cat walk sahaja,
tak macam sesetengah orang yang terpaksa berlari-larian mencari perlindungan.
5.Buku nota dan pen. Walaupun zaman telefon pintar yang
boleh memuatkan semuanya di dalam telefon tapi saya tetap cara dulu. Kadang tak
guna pun buku nota tu, tapi saja je spare. Kecil je pun.
6.Beg kecil. Yang ni memang bawa untuk taruh tiket, touch n
go dengan duit kecil. Senang letak dalam poket seluar, jadi tak perlu bawa
keluar beg besar.
7. Buku bacaan. Hanya untuk perjalanan jauh yang saya jadi
penumpangnya. Sama ada ketika naik bas, kereta api atau kapal terbang. Kalau
saya yang memandunya, memang tak bawalah. Tiada masa nak baca.
8.Beg tambahan. Beg lipat berbentuk key chain ni beli semasa
pergi Medan. Penyelamat ketika membeli barang hari Sabtu. Tiba-tiba baru
teringat tiada plastik. Oh masa di dalam kapal terbang juga kalau kita dapat
makanan tetapi kita tak nak makan masa tu, jadi boleh keluarkan beg ni untuk
simpan sampai destinasi kita.
9.Beg Loreal ni sebenarnya untuk taruh gincu atau make up
lain. Tapi ubah suai taruh ear phone. Dah siap ada cermin tu, so tak perlu
cermin lain.
10.Keperluan wanita. Kadang tak sedar tarikh yang dijangka
dan juga untuk hari-hari yang tenat. Kena spare ni.
11.Getah. Jangan pandang rendah dengan getah ni. Banyak kali
juga jadi penyelamat. Macam ni. Haru betul, memang kasut ni dah lama. ‘Terendam’
dalam hujan lebat masa rombongan. Nasib baik dah perjalanan balik. Beli di Johor
dan ajal pun di Johor. Sedih. Dua-dua belah pulak tu. Biar kasut
bergetah, janji masa jalan takdelah terngaga je. Buruk benor rupanya tu.
12. Wet tissue. Biasa dibawa untuk perjalanan jauh.
13.Tisu. Kadang ada, kadang tiada. Ikut teringat nak beli.
Apa gunanya bawa beg besar tapi tiada benda bermanfaat yang
diisi, kan?
No comments:
Post a Comment