Hello Tokyoooo!
Di kala negara kita mengalami musim tengkujuh, melarikan
diri sejenak menyaksikan musim luruh di negara orang. Terima kasih Yang kerana
merealisasikannya. Travel ini bukan ala backpackers, rebeh (berat) juga membawa
bagasi seberat 11kg. Itinerary sendiri, walaupun berterabur tapi jelas
matlamatnya, untuk melihat suasana musim luruh. Ke mana kita ni? Ke
taman-tamanlah sasarannya.
Autumn foliage |
Menaiki kapal terbang Jepun, ANA terasa macam kepunyaan
sendiri kerana layanan lebih lagi dari menaiki MAS. Ha jangan marah ya MAS,
kemesraannya jelas terasa. Flight 2.15 petang, sedang elok waktu berlepas sebab
sempat solat di KLIA dahulu. Bantal dan
selimut telah tersedia di kerusi. TV sorang satu, penerangan tentang
keselamatan ada sarikata BM. Scroll menu tengok cerita yang menarik, eh ada Ola
Bola juga. Satu-satunya cerita Melayu yang tersenarai. Oleh kerana mood pun
udah ke Jepun apalagi pilih filem Jepun dan dokumentari Jepun. Menarik.
ANA tunggu kami datang. |
Pramugari menghulur sebotol air mineral, dan rice
crackers dengan campuran seaweed
sebagai snek. Halal ya tulis dekat bungkusan tu. Oishii. Sepanjang masa
boleh minta air atau jus dari pramugari.
Tisu recycle bersama campuran daun teh. |
Rangup...layan masa tengok drama |
Hidangan berat diberi pilihan menu
ikan atau ayam. Tercatat di situ Halal Certified. Hidangan sama macam masa naik
MAS balik dari Osaka sebelum ni.
Alhamdulillah kenyang. Mi/Soba
ada sos wasabi, tersilap taruh banyak, pedas sampai ke kepala dibuatnya..haha.
Enak sungguh |
Kebiasaanya malas nak pergi toilet masa dalam kapal terbang,
kan tak ada air, tapi terpaksa juga melepaskan hajat. Mungkin ramai yang
menggunakan cara mudah untuk cuci dengan menggunakan wet tissue.
Di dalam rancangan Ustaz Don tentang
mencuci najis bagi bayi, diterangkan perlu dilalui dengan air terlebih
dahulu. Kiranya penggunaan wet tissue semata masih dikira menakung
najis. Jadi konsepnya sama. Tatkala nak ambil cawan kertas yang ada di sinki,
ternampak simbol-simbol yang biasa dilihat di dinding. Oh bidet (mangkuk tandas
yang ada air) rupanya. Wah first time dalam flight jumpa bidet. Yeay! Eh!
Panel bidet. Tekan ikut keperluan. Butang atas tu standard international untuk tanda stop. Boleh laraskan air nak kuat ke perlahan. |
Oh satu lagi yang perak (excited)bab tingkap, tak perlu
tarik penutupnya, ada suis yang tekan je dan ia akan bertukar warna dari terang
ke gelap. Aha..kerusi dia pun (tang sandar kepala)boleh dilengkungkan jadi
kalau tidur idaklah terlentuk ke bahu orang sebelah, masih terlentuk dalam
kawasan sendiri..hehe macam budak-budak baru dapat mainan baru. Explore.
Hidangan akhir yang disediakan sandwic tuna. Oleh kerana
masih kenyang, simpan untuk sarapan esok. Kami selamat mendarat 10.05 malam.
Terus ke kaunter imigresen. Tiba-tiba kena reject woo.. alamat yang diletak tak
lengkap. Sewa Airbnb, memang gitu alamat yang diberi. Dup dap dup dap dibuatnya. Mencari kakak
sebab dia pun tulis alamat macam tu juga. Eh cari cari tak jumpa, rupanya dia
dah lepas. Siap petugas tu tulis dalam BM, Di mana?. Akhirnya tambah Apartment dan dia suruh pergi kaunter lain.
Alhamdulillah lepas. Fuh!
Seterusnya ke kaunter informasi untuk tanya prayer room.
Ya di Haneda, prayer room terletak di tingkat 3F(Departure Floor) di penjuru
bangunan. Turut tercatat di dalam peta. Nak masuk kena intercom dahulu minta
kebenaran baru pintu akan dibuka. Tempat wuduk disediakan. Bagi yang
menggunakan bilik ini sila patuhi arahan yang ditetapkan. Jangan berlama-lama
pula nak duduk di sini sebab nampak ada je security jenguk-jenguk dalam
ni. Jaga nama sebagai seorang Muslim ya.
Penginapan hanya sewa untuk keesokan harinya dan lepas pukul
4 baru boleh check in. Jadi malam ni tidur di airport sahaja. Sementara nak tunggu waktu tidur kita
rayau-rayau dulu di sini. Mula-mula pergi ke kaunter informasi untuk beli kad
subway. Kad Pasmo (macam touch n go) bernilai JPY 3000, JPY 500 deposit jadi dalam kad bernilai JPY 2500( JPY
1000 lebih kurang RM40). Boleh top up kad ni ikut keperluan.
Boleh tengok jenis-jenis kapal terbang. Yang mula-mula sekali tu, Air Asia. Ikut abjad |
TV interaktif sambil kita tengok kapal terbang kat luar tu, jadi kita boleh tengok logo yang mewakilinya. |
Hello Tokyo. |
Di tingkat 5 ada observation deck. Boleh meninjau
kawasan luar bangunan dan dengan jelas nampak nama Tokyo International
Airport. Ada tv interaktif dan boleh belajar tentang logo-logo kapal
terbang yang ada di situ, peralatan yang ada di lapangan terbang serta bangunan
yang ada di sekitar airport. Di tingkat
4 dan 5 ini ada kedai-kedai mengikut tema Edo Market Place, Tokyo Pop Town, Hot
Zone, Cool Zone tapi semuanya dah tutup.
Setelah habis melawat, mak ai bersepah orang tidur di setiap
kawasan yang ada kerusi. Amboi-amboi favourite spot pun dah habis dicop
orang. Akhirnya setelah berpusing-pusing jumpa juga sebaris kerusi yang kosong.
Berlapikkan bantal lena juga tidur. Ha macam gelandangan je kan, tapi semua
orang pun sama. Travel bajet ginilah
rupanya. Ada je hotel kat situ. Kalau yang nak selesa, silakan.
Tip tidur di Airport.
Tip tidur di Airport.
Subuh pukul 4.45 pagi (Jepun awal satu jam daripada
Malaysia). Ha senang je, bilik air dekat, surau pun dekat. Buat macam rumah
sendiri pulak. Hehe. Mengisi perut dengan sandwic yang dapat semalam. Masa di
tandas, terjumpa seorang Jepun ni tanya, “Where are you come from.” “Malaysia”.
“Beautiful” sambil pegang baju. Perasan sekejap, oh rupanya dia puji baju
cantik. Corak sular bayung/ sulur buyung. Bangga juga baju RM25 je beli kat
pasar Karai.
2 comments:
Bestnyer, jgn lupa sambung yer hihi... tak dapat pergi sendiri, dapat baca cerita pun dah best haha
Terima kasih kerana membaca :)
Post a Comment