Orang Malaysia merata-rata.
Di Asakusa ada makanan halal, mencari kedai menggunakan google
map. Macam dah dekat tapi tak nampak, macam dah dekat lagi tapi tak jumpa-jumpa
juga..haha. Tetiba signal wifi hilang.
Tetiba pula telefon off sendiri. Cuaca sejuk, bateri pun buat hal..dah
balik Malaysia ni elok je dia. Sony oh Sony. Tarikan di sini kalau mengikut
buku panduan ialah Sensoji Temple dan Kaminarimon Gate. Di Jepun ni, banyak
kawasan templenya cantik (biasanya banyak pokok-pokok),termasuklah seni
bina kuil yang tradisional. Pesanan ustaz-ustaz, tak payahlah nak melawat
tempat ibadat orang lain ni, nampak macam kita mempromosikan temple
ooooooh ok… bergantung niat masing-masing kot, jangan lebih-lebih ya.
Sementara tunggu giliran nak masuk boleh tengok dulu menu yang kat luar. |
Akhirnya jumpa juga Naritaya. Memang nampak macam kedai
Jepun sepenuhnya, patutlah terlepas pandang. Di sini special ramen, dan ada nasi
ayam. Kesemuanya berharga antara JPY 700 – JPY1000 (hampir RM40). Air masak
disediakan so jimat duit boleh minum 1 jag. Errk. Kedainya dua tingkat tapi
kecil je jadi terpaksa berbaris dahulu di luar untuk menunggu giliran mendapat
tempat duduk. Melalui seorang pelanggan
(orang Malaysia yang sewa hotel di kawasan sini)yang turut sama menunggu
giliran, tiap-tiap hari kedai ni penuh. Maklumlah dalam internet memang dah highlight
kedai ni je. Bukan sahaja Muslim Malaysia, Indonesia dan Thailand pun singgah
sini bila dengar dari slang percakapannya.
Mazesoba. Bukan jenis berkuah. Kena kacau-kacau dulu. Oishii. Tapi ayam tu rasa ayam goreng biasa je. |
Saya memilih menu Mazesoba JPY 700 dan tambah JPY 300 lagi dapat ayam goreng. Tarikannya
di sini juga ada tempat solat. Walaupun boleh muat seorang je, tapi itu juga
sebabnya orang datang. Ada telekung juga disediakan. Sedapnya makan, sehingga
menjilat chopstick. Alhamdulillah sampai ke malam kenyangnya.
Naritaya
Halal Ramen Shop
2-7-13,
Asakusa, Taito-ku, Tokyo
10 pg –
10 mlm (Isnin –Jumaat)
11 pg- 11
mlm (Sabtu, Ahad dan Hari cuti)
Selesai makan, sambung melawat kawasan ke Nakamise Shopping
Street. Kiri dan kanan, kedai makanan dan cenderamata, hiasan ala zaman Edo.
Lebih kurang 90 buah kedai kalau mengikut buku panduan. Tiba-tiba di tengah
jalan terserempak dengan pasangan pengantin lengkap berbaju Melayu tradisional.
Terperanjat juga melihatnya sampai tak sempat nak ambil gambar walaupun kamera
di tangan. Tambahan pula pelancong lain dan orang tempatan juga mengelilingi
mereka. Dua tiga hari selepas itu baru
dapat tahu dari FB, pasangan tersebut merupakan lelaki Malaysia yang berkahwin
dengan muslimah Jepun. Mereka bergambar di tempat-tempat yang terkenal di
Jepun. Ada yang terjumpa pasangan ini di Shibuya dan Gunung Fuji.
Nakamise Shopping Street memang padat dengan orang ditambah pula dengan hujung minggu. Kedai di kiri kanan jalan. Boleh pilih-pilih sourvenir. |
Rambang mata juga dibuatnya tapi sebab ramai orang, macam malas je nak tengok lama-lama. |
Kaminarimon Gate. Ada dua gate. Ini gate yang pertama. Tanglung besar di tengah tu menarik perhatian. |
Seperti biasa, sepanjang Nakamise Shopping Street tu, jumpa
lagi orang Malaysia sepanjang-panjang jalan, masing-masing memberi salam.
Sunat. Senang je nak dapat pahala,kan.
Kelebihan berjalan sendiri, ikut suka. Itinerary pun
impromptu. Memang nak pergi Odaiba.
Teringat dari pembacaan boleh mencuba laluan air dari Asakusa ke Odaiba. Ayuh
jom kita cruise. Bertanyakan arah ke pelabuhan daripada orang tempatan.
Bila berada di luar Malaysia ni, apa sahaja yang tulis
‘halal’ laju je nampak..haha. Ada kedai aiskrim yang mendapat sijil halal
daripada Jepun. JPY350 satu. Special
perasa matcha. Bukan ayoyo macha ya! Ni teh hijau. Kedai dia bertentangan
dengan pelabuhan tu. Dekat lintasan pejalan kaki.
Aiskrim halal, boleh pilih perasa yang digemari. |
Bot akan berlepas dari sini. |
Tokyo Skytree boleh nampak dengan jelas dari sini. |
Olimpik Tokyo 1312 hari lagi, terpapar di skrin ni. |
Inilah laluan cruise, lebih 10 jambatan yang akan dilalui. |
Tepat 5.20 petang eh
patut sebut malam sebab dah lepas maghrib bot jalan. Melepasi pelbagai nama jambatan.
Malangnya bot semuanya pun cermin, nak tangkap gambar pun tak cantik sebab
balikan cahaya. Dahlah dalam tu pasang lampu romantik. Diperdengarkan juga
dengan cerita dari bot tersebut sebab
ada dialog antara dua watak tapi tak faham sepatah harampun apa yang nak
diterangkan. Udah bahasa Jepun sepanjang perjalanan. Kadang-kadang terlena juga
dibuatnya. Dalam kegelapan malam boleh nampak bangunan ikonik Tokyo Tower dek kelipan cahaya.
Ni botnya yang dipanggil Hotaluna. Ala-ala futuristik. |
Tatkala menghampiri Odaiba, kelihatan Rainbow Bridge yang memang
nampak lampunya berwarna-warni. Antara tarikan yang patut dilihat di sini,
Statue of Liberty, Robot Gundam yang terbesar dan Ferris Wheel terbesar.
Rainbow Bridge |
Statue of Liberty di Odaiba |
Gundam |
Ferris Wheel di Palette Town |
Kenapa ada Lego di Tokyo Teleport ni? Sebab di Odaiba ni ada Legoland Discovery Center -The Ultimate Indoor Lego Playground |
Walaupun penat, tapi balik rumah layan tv juga. Oleh kerana
duduk rumah orang (apartmen Airbnb), siaran tvnya semua berbahasa Jepun. Banyak channelnya. Layankan aje.
Bolehlah tengok Harry Porter cakap Jepun haha.
Masa zaman belajar dahulu, kisah raja-raja memang menarik perhatian.
Zaman Lady Diana. Kisah Maharaja Jepun- Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
pun menarik perhatian sebab tiada generasi lelaki yang akan mewarisi takhta. Putera
Mahkota Naruhito sudah lama menunggu lahirnya zuriat sampai isterinya Puteri
Masako pun stress dibuatnya. Akhirnya dapat juga tapi anak perempuan la pula,
Puteri Aiko. Sampai pernah terdapat cadangan untuk meminda undang-undang agar
seorang puteri mewarisi takhta maharaja. Akhirnya setelah lama menunggu ada
juga generasi lelaki yang dilahirkan iaitu daripada adik Putera Mahkota
Naruhito.
Yang tengok di tv baru ni, dah besar rupanya Puteri Aiko ni.
Teringat masa dia mula dilahirkan
sahaja, memang banyaklah disiar beritanya di dalam majalah berkenaan wanita. Ha
satu lagi slot yang best, ada pula slot belajar bahasa Arab dalam bahasa
Jepun, sempat tengok 15 minit. Alhamdulillah, dari bahasa Arab boleh mengenali
agama Islam dan semoga Islam tumbuh mekar di bumi Jepun.
No comments:
Post a Comment