Menghabiskan
sisa-sisa Yen
Di
Kawaguchiko ni kami pilih yang masuk percuma sahaja. Destinasi pertama di
Hentian (Nombor) 7 Kawaguchiko Herb Hall. Pelbagai tanaman herba boleh tengok
dekat tapak semaian di belakang kedai. Ha dari sini juga boleh nampak Mount
Fuji. Pekena teh herba untuk pelancaran darah. Ada sale untuk bijih benih. Saya
beli ubi bit dan tomato kecil. Hasilnya tak tahu jadi ke tak, nanti kita lihat
ya. Seronok beli sourvenir berasaskan herba ni, ada haruman herba yang boleh
selit dalam bantal. Jadi bila bangun tidur akan rasa kesegarannya. Ada haruman
lavender, grape fruit, rosemary- ni udah rasa macam makan spageti pulak.
Ni serai. Nampak? |
Pendek kata kalau di setiap tempat ni memang boleh nampak view Gunung Fujilah. |
Teh herba ni untuk poor circulation katanya. Dihidang bersama madu. |
Isi kandungan herba, halia, echinacea dan elder flower |
Pelbagai cenderamata boleh dibeli, aiskrim lavender juga ada di sini. |
Di sini
paling ramai jumpa orang Malaysia, semasa turun bas, semasa naik bas, semasa
dalam kedai, semasa di tasik. Macam melawat
dalam negara sendiri je ni haha. Assalammualaikum semua!! Rasanya kalau campak batu, pasti kena orang
Malaysia. Hiperbola ya.
Inilah hentian basnya, boleh bandingkan dengan peta yang ada untuk tengok anda samapai ke tempat yang betul ke tak. |
Akhirnya
hentian akhir Kawaguchiko Lake, cuaca cerah.
Fujisan berketinggian 3776 m di hadapan mata. Subhanallah, Fujisan
sugoi!. Segala pujian itu kembali kepada
Allah. Tatkala melihatnya, ada dua ayat al-Quran yang pop up dari kepala,
tentang gunung sebagai pasak bumi dan perumpaan manusia dan gunung, jika turun
al-quran ni kepada gunung pasti akan berpecah belah sebab takut kepada Allah.
Sedangkan kita? Jika melihat Gunung Kinabalu tidak terasa sebegitu sebab seakan
jauh di depan mata, ni betul-betul direct. Semoga tersemat di dalam
kepala gambaran itu. Semoga kita mendapat pengajaran daripada setiap yang
dilihat.
Fujisan, sacred place and source of artistic inspiration inscribed on the World Heritage List in 2013 |
Fujisan |
“(Mengapa
kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah
mati?) Bukankah kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan;
(An-Nabaa’ (78):6)
dan
gunung-gunung sebagai pancang pasaknya? (An-Nabaa’ (78):7)
“Dan Kami
telah menjadikan gunung-ganang yang tetap di atas bumi supaya bumi itu tidak
akan bergoncang dengan mereka. Dan kami jadikan padanya celah-celah sebagai
jalan-jalan lalu-lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.”
(Al-Anbiyaa (21):31)
Perasaannya lain bila tengok di gambar dan di hadapan mata. Semoga imejnya masih kekal tersemat dalam diri. |
“Sekiranya
Kami turunkan Al-Qur’an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat
gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah
kepada) perumpamaan-perumpamaan ini yang Kami kemukakan kepada umat manusia
supaya mereka memikirkannya.” (Al-Hasyr (59):21)
-Kamus
Harfiah Al-Quran Kaedah al-Furqan (Ustaz Nasaruddin Hasim)
Sudah menjangkakan
tidak terdapat prayer room di sini dan pasti kena solat di tempat
terbuka jadi memang sediakan sejadah untuk lapik. Memandangkan waktu solat pun
dah masuk, solat di tempat letak kereta. Cari tempat tersorok sedikit supaya tidak
menarik perhatian orang sangat. Memang benda tak salah, tapi buatnya dihalau
dek orang atau security kat situ, manalah tau, negara orang. Bersyukur
negara pernah kemarau dan ketika ketiadaan air banyak ustaz menunjukkan wuduk
hanya sebotol air sahaja cukup, kan?. Jadi apa lagi alasan kita.
Pernah google
makanan halal yang ada di sini, ada satu yang jumpa, tapi kami pun tak rasa nak
makan sangat. Makan coklat yang dibawa sebagai bekalan sahaja. Semasa hendak
balik ke Stesen Kawaguchiko ternampak kedai halal tu.
Alladin
Indo Restaurant boleh google alamat.
Dalam laluan
merah juga. Kalau balik dari Lake Kawaguchiko, selepas Fuji Lake Hotel, di
sebelah kanan lokasinya. Nanti boleh nampak signboard ada tulis halal. Saya
nampak halal daripada nama restoran itu sendiri haha. Sebelum sampai
Kawaguchiko Herb Hall tau, kalau dah nampak tu, maknanya anda dah terlepas.
Sementara
tunggu bas untuk ke Haneda Airport pukul 5.45 petang, singgah dahulu di kedai
cenderamata yang terdapat di Stesen Kawaguchiko dan tempat kami letak beg.
Harga tiket bas dari Kawaguchiko Stesen ke Haneda Airport JPY 2470. Perjalanan
mengambil masa selama satu jam lebih. Dari stesen ini juga ada bas ke Shinjuku
Station dan Tokyo Station. Kiranya senang juga nak datang ke sini.
Autumn,
warna-warni yang kekal dalam ingatan. Seharusnya makin mengingati keagungan
Allah dalam mencipta alam ini. Betapa pokok-pokok itu terapi untuk hati,
bayangkan jika dihiasi bangunan pencakar langit semata-mata, indahnya hanya di
mata tapi kemudian lupa. Alhamdulillah diberi kesempatan datang ke Jepun lagi.
Jepun tidak pernah menghampakan, oleh itu repeat lagi pun pelbagai perkara yang
boleh dipelajari.
Kad Pasmo
yang dipakai, boleh ditebus nilai semula di kaunter Keikyu Line. Tanya sahaja
kaunter informasi di situ kalau tak jumpa. Yeay ada balance JPY 3200 lagi,
boleh belanja lagi. Oppps tadi dah guna kredit kad, supaya idak teroyak
(menangis) balik Malaysia nanti, menahan diri dari menggunakan balance yang
ada, haha. Belanjakan duit syiling je
lagi untuk beli dinner di 7E, onigiri dan salmon. Ha ada JPY 99 lagi, tengok semula apa
yang boleh dibeli. Biskut kapal lagi hehehe, JPY 99. Sampai di kaunter dengan
yakinnya letak duit, lepas tu dia suruh tengok mesin cashier, JPY 106, haha,
ada tax..Sorry, not enough money. Tak jadi beli.
Sementara
menunggu waktu boarding, didatangi dua orang pelajar universiti. Mereka sedang membuat
survey tentang makanan Jepun di kalangan pelancong asing. Punyalah
banyak orang duduk dekat situ, kenapa saya? Ooh memang jelas pelancong asing
sebab warna kulit pun sawo matang, bertudung pula tu. Orang lain kulit cerah dan ada
kemungkinan orang Jepun sendiri. 5 soalan yang ditanya, antaranya, sama ada
makan tak makanan jepun? “As a muslim, its hard too find halal food here.”
Mereka faham apa itu halal food tanpa perlu dijelaskan lagi walaupun
sebutannya ‘haral food’ hehe. Dia tanya lagi, ada masak tak makanan Jepun di
Malaysia. Tak masak tetapi senang makan makanan Jepun yang halal di kedai. Eh
sebenarnya tak susah manapun nak cari makanan halal di Jepun ni sebab di fb pun ada page halal Japan, cuma kami yang
tak berapa kisah nak makan, jalan lebih utama. Seronok dapat membantu dalam
melengkapkan survey.
Balik pun
flight ANA (All Nippon Airways), pukul 12.05 tengah malam. Ramai orang
Malaysia juga naik bersama-sama. Pramugari check nama dan letak sticker
di kerusi. Tanda untuk kami dapat makanan halal nanti. Kali ni tengok cerita Shah Rukh Khan (SRK)
pula. Cerita baru ni, FAN. SRK memainkan
dua watak iaitu sebagai peminat yang memang minat gila dengan artis ni dan
sebagai artis. Layan di kala orang lain asyik diulit mimpi. Dalam pukul 4 pagi
tu dah hidang breakfast yang sedap sambil tengok Frozen. Sangatlah ketinggalan
sebab tak pernah tengok. Ok kali ni dah boleh sembang dengan anak saudara pasal
Elsa, Anna dan Olaf. Sempat habis cerita sebelum touch down Malaysia pukul 6.45
pagi. Ok back to reality, habis dah. Sila move on. Let it go,
let it go, jangan dok terkenang lagi haha. Semoga ramainya orang Malaysia
yang dah pergi Jepun, ambil pengajaran positif dari sana ya, mode
telefon silent dalam pengangkutan awam untuk tidak mengganggu orang,
kalau nak pasang video pakai ear phone-dengar sorang-sorang je, recycle sampah dan asingkan, berjalan cepat
dan tidak lenggang kangkung- bersemangat, hisap rokok di tempat khas, jangan makan sambil berjalan, belajar
dari cashier cara pulangkan duit dengan polite, dua tangan dan tunduk
hormat, dan ada lagi, cuma tak teringat masa ni. Sayonara.
No comments:
Post a Comment