Dereten pokok gingko di Meiji-Jingu Gaien |
Tak boleh move
on lagi rupanya hihi. Ok kenapa Jepun, kan dah pernah pergi dulu? Dahlah
barang mahal, sepatah haram pun tak faham. Gempa bumi. Tak ingat ke Jepun
pernah jajah kita sampai kita makan ubi kayu je? Wah! Wah! Wah! Drama sangat.
Mari sini nak cerita. Banyak lagi daerah yang menarik untuk dilawati seperti
Sapporo, Hokaido, Okayama, Nagoya.
Ha siapa
yang cakap hari-hari pun boleh pergi Nagoya tu, meh sini nak cubit-cubit.
Apa yang
pasti, Jepun selamat daripada penyeluk saku.
Saya tak terjumpa signboard
yang menyatakan hati-hati dengan
penyeluk saku. Malah banyak pengakuan daripada pelancong yang menyatakan jika tertinggal
barang pasti akan dijumpai semula seperti keadaan asal.
Berikut
banyak lagi yang saya rasa menarik bagi pelancong. Ini hanya pandangan selama 7
hari je, kalau duduk di sana rasanya lebih kepada tension kot,
persaingan untuk menjadi terbaik sangat tinggi.
- Sensor.
Seronok
explore kecanggihan alatan yang terdapat di sini. Ha perak (bahasa Perak, kalau
translate over excited kot) tu. Kebanyakannya pakai sensor.
Tandas di
airport pakai bidet (ada air di mangkuk jamban). Masuk-masuk sahaja dah ada
bunyi air terjun. Cari panel dia sama ada di kiri, kanan atau di belakang.
Tengoklah simbol perempuan tu dan tekan di situ. Oh kalau tandas lelaki tak
tahulah macam mana. Untuk berhentikan
air tu, tekan tanda stop yang bentuk kotak tu. Tanda international tu
kan. Untuk kawal air banyak mana yang keluar boleh dilaraskan daripada panel tu
sama ada semakin tinggi atau semakin rendah. Flush guna sensor juga tapi
boleh juga tekan flush sendiri.
Ada juga butang simbol angin bermakna untuk keringkan..keringkan apa?
Lagi mau tanya ka? Mangkuknya pun warm je. Tengok tu dalam tandas pun
boleh discover macam-macam.
Ni dalam flight ANA, kecil sikit panelnya. |
Ni di airport. Kalau tak faham lagi, ada penerangannya di atas tu tapi tengok gambar sahaja pun dah boleh faham.Tidak semua toilet yang panelnya ada butang yang sama. Kita tekan-tekan je. |
Ha walaupun
‘seronok’ duduk dalam tandas, jangan berlama-lamaan pula di dalam tu. Ia masih
tempat ‘kotor’ (walaupun bersih sangat) yang dimasuki syaitan jantan dan
syaitan betina. Walaupun sering digelar bilik termenung untuk mendapat idea,
namun idea yang diperoleh itu dikhuatiri dipengaruhi syaitan. Baca doa sebelum
masuk tandas.
Saya terjumpa
satu tong sampah di dalam tandas pasar raya juga pakai sensor. Letak je tangan
atas tu, nanti dia terbuka sendiri. Best jugak tu. Hihi.
Nampak tak yang ada simbol tangan di bahagian kiri tu, ha letak tangan di situ, nanti dia terbuka sendiri. |
2. Layanan mesra
Kebanyakan pekerja
barisan hadapan atau khidmat pelanggan sangatlah the best. Bayangkan
orang yang kutip sampah dalam train ucapkan terima kasih kepada
penumpang yang turun dari train tu. Ucapannya itu pun dalam suasana
sungguh bersemangat. Pemandu basnya pun
setiap kali kita turun akan cakap arigato gozaimasu dan tunduk tanda hormat.
Tak ke kita pun rasa ceria bila dengar penghargaan tu walaupun ianya mungkinlah
SOP syarikat.
Pekerja kebersihan ni akan menunggu semua orang keluar dahulu, baru dia akan masuk untuk mencuci. |
Ketika di airport
waktu nak balik, kita belum turun bas lagi, pekerja yang diluar dah bawa keluar
beg kita yang terletak di perut bas sambil tunduk “hait” dan security di situ
juga tolong tekankan pintu lif dan tekankan butang untuk naik ke tingkat departure.
Masa naik
flight dengan ANA pun ketika urusan check in, pramugari kaunter siap
jemput kami yang berbaris ni datang
kaunter. Bukannya kita terus pergi ke sana. Wah. Selalunya juga dia akan suruh
kita letak bagasi di tempat bagasi untuk tengok berat, tapi dia sendiri pula
yang tolakkan (tak perlu angkat, sebab sama paras dengan lantai je). Benda-benda
yang kecil begini yang buat rasa dihargai sebab usaha lebih.
Walaupun tak
berapa faham cakap Inggeris tetapi derang akan tetap membantu sama ada panggil
orang lain atau guna tangan je tunjuk isyarat. Agak-agaklah kita yang nak
bertanya ni pun, kalau tengok orang tu macam kerek je, jangan dok jolok sarang
tebuan. Memang ada juga yang terus cakap “I don’t know” sambil tak layan kita
dah dan buat-buat sibuk tapi itu 2 dalam 10 orang je. Kebanyakannya memang akan
membantu.
3. Jangan
Jangan itu,
jangan ini. Ketika menggunakan pengangkutan awam, etika yang patut diikut:
a.Don't talk on your cell phone.
b.Let people off the train first.
c.Stand in Line.
Memang banyak jangannya tapi rasanya semua tu lebih kepada orang
luar kot sebab nampaknya macam derang ikut je. Namun 'jangan' itu saya rasa ia
baik diamalkan. Malah 'jangan' tu pun sebab dia memikirkan tentang orang lain. Toleransi. Contoh bawa beg sandang yang besar bagi pelancong, terdapat tanda yang menyuruh
kita perhatikan keadaan sekeliling supaya beg kita tidak mengganggu orang lain.
Fikirkan orang sekeliling ya bila bawa beg sandang yang besar apabila naik pengangkutan awam. |
Jangan bawa barangan ni ke taman, do not drink alcoholic beverage dan bawa peralatan sukan. Ini membolehkan orang menghayati taman dan main kejar-kejar je. |
Malah mungkin
ada peraturan yang tidak ditulis tetapi
memang diamalkan oleh mereka. Ada satu kes tu makcik ni bawa payung panjang dan kepit di ketiak, saya jalan di belakangnya. Memandangkan kita ni tourist kan,
mata melilau ke tempat lain dan tanpa disedari saya terlanggar payung tu. Dia pula minta maaf
sambil tunduk dan tunjuk kat payung tu. Kita pun faham la dia nak minta maaf. Walaupun saya dah melepasi dia pun dia masih
tunduk.
Etika di tempat awam. Carrying an Umbrella - It is dangerous to swing around an umbrella. Hold it straight, especially on stairway . Dipetik daripada buku The Rule of Living in Japan |
4. Sampah
Di Jepun ni
memang mengamalkan kitar semula dan sampah akan diasingkan ikut bahan-bahan plastik/kertas/botol/tin.
Jika di vending machine yang air tu hanya akan nampak tong sampah dengan
penutupnya bentuk bulat bermakna lepas beli air botol/tin minum kat situ dan
buang di situ. Ha sampai hati tak nak buang sampah lain seperti sisa makanan dalam
tong yang ni? Macam berdosa pula rosakkan sistem hehe. Tong sampah juga susah
dijumpai di jalanan tapi masih bersih. Kita pula, tong sampah amat mudah
dijumpai tapi hmmm tempat paling banyak orang buang ialah di papan tanda yang
tulis jangan buang sampah di sini. Hampeh je kan. Marilah kita berubah.
Di luarnya diletak gambar supaya kita dapat buat pengasingan sampah dengan mudah. Yang bulat tu memang untuk botol. |
Ini tong sampah yang diletak di taman. Punyalah besar taman tu, tapi ini sahaja tong sampah yang dijumpai. Memang tong sampah tidak diletak di merata-rata. |
Pekerja di sini tengah memanpatkan sambah berbentuk botol dan tin. Nampak bersih je sebab tidak tercampur dengan sampah lain. |
5. Cashier
Eye contact
confirm ada, bila beri baki duit akan
kira satu-satu di depan kita sambil menyebutnya dan akan pulangkan dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan atau ada bekas yang disediakan dan diletak
dengan sopan. Malah cara mengira duit
juga special. Boleh tengok youtube.
6.Mesra Muslim
Walaupun
bukan negara Islam, sudah memenuhi keperluan untuk orang Islam dengan
menyediakan Prayer Room. Malah adanya
website halal media japan untuk memberi maklumat kepada muslim.
Kebanyakan prayer room tidak ditandakan dengan tulisan 'kiblat' tapi hanya ditulis N (north), E (east), W (west), S (South) sahaja di silingnya. |
Ini di Takashimaya. Dilekat di dinding dan di siling juga ada. |
Jumpa di Haneda ketika nak naik Keikyu Line. |
7.Tunduk hormat
Hait! Sambil
tunduk hormat. Setiap kali pun akan tunduk untuk respon ‘Ya’ atau hanya sebagai
tunduk hormat. Yang tak kenal pun boleh tunduk. Misalnya masa masuk bas, tak
kenal pun mak cik ni, tapi dia yang duduk di kerusi depan tunduk, kita pun
tunduk jugalah kan. Jika ikut sejarah kita sewaktu zaman Jepun, sebutan ‘hait’ itu sering dikaitkan dengan marah. “Hait!Potong kapara!”
hehe.
Keseronokan
berada di Jepun bukan hanya kerana tempatnya sahaja tetapi campuran tradisional
dan moden, adab dan etika daripada penduduknya turut menarik untuk diterokai.
Agaknya kalau kita dijajah lebih lama oleh Jepun adakah kita akan mengikut adab
yang baik dari segi disiplin atau lebih ramai yang mati kerana menderita? Dan
mungkin juga jatidiri rakyat Jepun sendiri ‘bangkit’ setelah kejadian pengeboman bom atom
di Hiroshima dan Nagasaki dan dari situ juga etika yang baik diamalkan sehingga
kini. Namun sebelum itu lagi pun Jepun dah terlibat dengan Perang Rusia –Jepun
dan Perang China-Jepun. Macam manalah agaknya sikap orang Jepun ketika itu ya.
Subjek form 6 ni. Fuh kalaulah dulu lagi
dah melawat Jepun, alangkah seronoknya belajar subjek Sejarah.
No comments:
Post a Comment