Sesat dalam Kegelapan Malam
Pukul 4.31 pun dah masuk maghrib. Hari beransur gelap.
Singgah semula di Shibuya ambil beg, bolehlah check in penginapan yang
terletak di stesen Higashi-Shinjuku. Sewa apartmen 3 malam. Tuan rumah bagi
panduan dekat sahaja daripada stesen subway tapi dah 20 minit pun tak jumpa juga,
entah di mana yang miss simpang, sesat larat dibuatnya.
Bateri pocket
wifi sudah habis. Dapatkan bantuan di Family Mart, pekerja tu guna telefon
dia buka map. Katanya dalam 3 minit sahaja lagi, patah balik ke belakang. Arrgh
dimanakah apartmen itu? Tanya sekali lagi di tempat lain, memang dia suruh pusing
balik. Hmm tawaf di sini pula nampaknya. Tiba-tiba nampak polis, “Sumimasen”
sambil menggamit polis tu datang suruh tengok alamat. Berani tu, gamit polis
je. Haha. Tak sedar sebenarnya. Gabra punya pasal sebab dah sesat. Dia
keluarkan torch light dan buka buku kecil, directory. Tak fasih BI tapi
dia kata ini memang kawasannya dah. Arigato gozaimaz sahajalah.
“Ya Allah, ampunilah dosa kami sambil berharap dimudahkan
berjumpa.” Masuk 3 bangunan. Alhamdulillah yang ketiga tu jumpa juga. Tu
la kan orang tua kata jangan merayau masa maghrib hehe. Ni udah lepas isyak
(Isyak 6.00pm). Pandangan terhijab hihihi.
Merasa tengok apartmen di Jepun. Kecil je ruangnya, tapi semua barang
lengkap. Konsep minimalis. Mesin basuh, dapur, tilam dua,peti ais, wifi, tv semua ada. Ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan tuan rumah, tapi tak berat sangat untuk diikuti. Tuan rumah beritahu dia tak suka orang pakai kasut di rumah. So memang dah elok tu untuk kita Melayu Malaysia ni. Dinner
dengan Brahim’s. Untuk menjimatkan kos makan, sama ada heavy breakfast atau
heavy dinner sahaja di rumah.
|
Mula-mula masuk, memang banyak pintu-pintu, jom explore apa yang ada di sebalik pintu-pintu tu. Mesin basuh ada sabun basuh dan hanger sekali. Jemur di balkoni. Masa mula-mula sampai, memang basuh baju, dah jemur kat luar lepas tu balik malam, lembap-lembap juga bajunya sudahnya tak basuh dah. Memang setiap hari pun balik malam. |
|
Almari pakaian, pintu jenis lipat jadi jimat ruang juga. |
|
Gini rupa dalamnya, ada vacuum tiada penyapu. Memandangkan Jepun ni standard kebersihan dia tinggi, untuk mengelak dari mendapat komen balas yang teruk daripada host yang akan memburukkan juga nama Malaysia, last day, siap guna vacuum kemas rumah. Sampah pun kami asingkan untuk yang boleh dibakar, tak boleh dibakar. Siap pek aluminium yang isi makanan, kotak susu pun bilas dengan air supaya tidak meninggalkan bau. Ni sebab pernah tengok dalam tv kisah rumah orang Jepun. Alhamdulillah dia komen,. The guest followed our rules and etiquette very well and kept the room tidy and clean during the stay. I hope you enjoyed your time here! Looking forward to have you again. |
|
Sama ada pernah dengar, di radio atau baca di majalah, rumah di Jepun, kalau tengok tandasnya bersih, bermakna rumahnya bersihlah. Memang bersih. Ada bidet. Lantai kering je. Konsep minimalis dan penjimatan air. Flush tu ada kepala paip, bila flush, air akan keluar daripada paip untuk kita basuh tangan dan air akan masuk terus ke dalam tong flush dan flush. |
Itinerary keesokannya disusun mengikut laluan subway yang
terdekat dengan kawasan apartmen. Untung apabila berjalan sendiri kita susun
masa sendiri. Mengelak waktu puncak awal pagi. Tak sanggup sama-sama bersesak
dengan orang tempatan.Menuju ke Yoyogi Park. Tapi dari stadium Yoyogi sahaja
sudah ternampak deretan pokok berwarna keemasan di sepanjang jalan. Kesejukan
pagi serendah 14°C tidak terasa kerana matahari memancar terang.
|
Selamat pagi! Pemandangan daripada dalam apartmen tingkat 6. |
Di stesen Meiji-jingumae ini juga boleh menikmati keindahan
hutan di Meiji Jingu. Sebenarnya hutan buatan ni. Ia dibina pada 1920, dengan
menanam 10,000 pokok hasil derma orang ramai dari seluruh Jepun. Di sini juga
roh Maharaja Meiji dan Maharani Shoken ditempatkan. Merupakan kuil agama Shinto. Mula-mula masuk sahaja dah
disambut dengan Torii gate yang besar. Torri gate memang selalu
jadi pintu masuk temple. Bagi orang Jepun, sebelum lalu torii gate
ni kena tunduk satu kali. Kita, tak payahlah nak ngikut.
|
Torii gate. |
Jauh lagi perjalanan
ke dalam. Nanti akan nampak tong-tong untuk mengisi sake (arak jepun) yang
bercorak-corak. Eh lawa pulak bila dah susun macam ni. Era Meiji merupakan
zaman pemodenan Jepun, di mana banyaknya industri dibangunkan. Oleh itu pengusaha
– pengusaha sake di Jepun menghadiahkan sake ini kepada Meiji Shrine untuk menunjukkan
rasa hormat mereka kepada Maharaja Meiji.
|
Tong sake yang disusun bertingkat, bertentangan tong ini pula ada tong (barrel) arak daripada barat. |
Akhirnya nanti akan
sampai di kuil. Bukanlah niat nak melawatnya tapi pengetahuan am juga tu,
rupanya derang bila nak berdoa/sembahyang pun ada ambil air macam wuduk
juga terlebih dahulu. Ada satu kawasan
khas di luar macam kolah ada gayung/cebuk dari buluh dengan pemegang yang panjang. Caranya ambil air tu guna
gayung dan perlahan-lahan cuci tangan kiri lepas tu kanan dan kemudian cuci
mulut dan basuh pemegang cebuk tu dengan baki air yang ada dalam cebuk tu.
Apabila nak masuk air ke mulut tu, bibir tak boleh kena dengan gayung.
Pergerakan dibuat dengan cara perlahan dan lemah lembut. Bandingkan dengan kita
ambil wuduk, kalau yang nak cepat tu je kan. Derang siap peraturan kena lemah
lembut.
|
Tempat mereka bersuci terlebih dahulu sebelum masuk ke kuil. |
Seterusnya ke Meiji-Jingu Gaien, tempat lain pula nama macam
sama. Turun di stesen Shinomachi. Kemudian ikut papan tanda. Melalui pembacaan
di internet, di sini ada deretan pokok gingko yang menghiasi jalan. Biasa
dengar pokok gingko biloba ni ramuan untuk kecerdasan fikiran..sama la kot
haha..ni baru dapat tengok pokoknya. Ramai pengunjung mengambil kesempatan
bergambar dan melukis di sini. Dekat sini, yang pangkat tuk dan nenek pun bukan
main lagi pegang kamera tau, macam pro je. Kalau kat Malaysia biasa kita tengok
peringkat ni udah menjadi ahli jemaah masjid.
|
Pemandangan daripada jejantas. Deretan pokok. |
|
Cantikkan warna dia, bila kena pancaran matahari lagi cantik seakan ada tona warna. |
|
Orang ramai memenuhi ruang, memang susah nak tangkap gambar yang tiada orang. Masing-masing ingin menikmati keindahan pokok gingko. |
|
Tiada bayaran dikenakan, oleh itu memang ramailah yang datang ke sini. Bas hop on hop off pun ada lalu di jalan ini. |
|
Ada festival gingko sedang berlangsung juga masa ni, memandangkan tak nampak hala mana yang patut dituju jadi tak pergi. Ini pun sudah memuaskan hati. |
|
Ramai yang ambil kesempatan untuk melukis. Kebanyakan taman yang pergi pun memang kelihatan ramai yang melukis. |
|
Barisan pokok disusun secara terancang. |
|
Di kejauhan itu merupakan The Meiji Memorial Picture Gallery. |
Makan tengah hari, kononnya nak pergi kedai Halal Japanese
Beef BBQ Restaurant “Gyumon” yang merupakan restoran BBQ yang pertama di Jepun
yang menyediakan daging lembu Jepun yang halal letak di Shibuya. Alamat dah ada tapi perkara
yang lebih penting lupa nak tengok, ish ish ish, waktu operasi. Masa google
untuk tengok exit yang patut pergi, baru ternampak ia bermula dari pukul
5 petang. Bertukar tempat ke stesen
Asakusa pula. Ada dua tiga tempat yang halal tapi semua waktu operasinya tidak
kena dengan masa kami.
HALAL
JAPANESE BEEF BBQ RESTAURANT “GYUMON”
3-14-5
Shibuya, Shibuya-ku Tokyo.
5 pm – 4
am
Bagi yang
hendak pergi sila google stesen terdekat dan exit yang patut keluar.
No comments:
Post a Comment