Warna-warni Autumn
Perjalanan dari Haneda Airport melalui Keikyu Line ke Stesen
Shinagawa. Dari stesen Shinagawa pula menuju ke stesen Shinjuku. Disambut
dengan gerimis di awal pagi. Selesaikan dahulu masalah beg besar ni, takkan nak
ngangkut ke hulu ke hilir. Mencari locker. Kebanyakan stesen subway
di Jepun memang menyediakan kemudahan locker cuma saiz yang besar tu je
mungkin susah nak cari. Ditegur seorang jejaka , “Can I help?” dia
nampak kami macam lost kot sedangkan tengah nak cari locker. “Indonesia?” “No, Malaysia.” Dia orang
Jakarta, dan ingat kami dari sana juga. Seronok tu dia ingat boleh jumpa orang
kampung. “Sightseeing?” “Yup.” Dia kerja di sini. Akhiri perbualan dengan
terima kasih. Lama baru dia jawab, sama-sama.
Haha lupa la tu nak reply macam mana sebab dia cakap BI je dari
awal.
Seterusnya bertukar ke stesen Shibuya. Siap google
lokasi tapi tak jumpa tempat yang dikatakan tu. Dahlah nak bersaing dengan
kesesakan orang ramai. Nak pergi dari kiri ke kanan pun payah tau.
Mentang-mentanglah derang ada shinkansen (bullet train). Orangnya pun
jalan macam shinkansen. Laju bukan main. Menderu-deru pula tu. Akhirnya ke Shibuya 109, ada locker
ditingkat bawah sekali. Jalannya memang bersambung dengan subway juga. Bayaran
JPY 600 boleh bayar dengan kad Pasmo.
|
Gini rupa lockernya. Tukar sahaja bahasa kepada English dan ikut sahaja arahan. Paling besar JPY600. Kalau yang kecil tu JPY400 |
Aman sikit jalan tanpa mengheret beg besar. Terus ke Shibuya
Crossing. Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Baru saya tau kenapa
sibuk sebab ada 4 atau 5 arah yang berbeza. Lagipun kebanyakannya baru keluar
daripada subway. Apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau, kesemua arah tu
jalan beriringan. Pemandangan yang lebih jelas boleh dilihat dari tingkap
Starbuck Coffee tingkat atas. Eh kena la beli secawan ya.
|
Cuaca sejuk, sedap minum kopi panas. |
|
Masa ni tak ramai sangat sebab hujan pun. Saya ada di situ dengan payung kotak-kotak hehe. |
Tarikan di stesen ini juga tugu Hachiko. Kisah anjing yang
bernama Hachiko yang menunggu tuannya tak pulang-pulang. Lambang kesetiaan.
Kebiasaannya memang Hachiko selalu menghantar tuannya seorang profesor pergi
kerja dan menjemputnya bila dia balik. Namun tuannya meninggal dunia secara
tiba-tiba tapi dia masih menunggu lagi.
|
Hachiko di exit Hachiko Gate stesen Shibuya. |
Melalui buku panduan Tokyo Handy Guide kami mencari
tempat menarik yang terdapat di stesen terdekat. Kami ke stesen Ueno. Ketika
hendak bertanya arah di kaunter informasi, disapa lelaki yang tengah sorong
stroller,“Nak pergi mana, kak?” Hehe..ada pula orang Malaysia. Dia mencadangkan
pergi ke taman, cantik ada panda, ada tasik, ada zoo juga di area tu.
Ternampak Hard Rock Café Ueno, wah wah wah,
sekumpulan orang Malaysia sedang membeli-belah. Kami join sekali. Err sebenarnya saya tumpang toilet HRC je
hehe..bukan seorang pengumpul barang HRC tetapi kalau orang bagi hadiah, best best.
|
Barang-barang bukan sahaja dijual di laluan ni, tapi ada macam arked di bahagian dalamnya. |
Seterusnya melawat Ameyokocho. Lebih kurang Petaling Street.
Macam-macam yang dijual, dari baju ke kosmetik, makanan laut, buah-buahan.
Rambang mata tengok tapi memikirkan baru hari pertama, tak nak belanja Yen pada
yang bukan-bukan lagi. Jangankan tak membeli, beli buah strawberi 3 biji yang dicucuk lidi JPY 200. Kalau
cicah coklat JPY 300. Buah pisang kaki 8 biji dekat RM80. Tembikai 1 biji
hampir RM40. Wau! Seronok tengok sotong dia, corak menarik.
|
JPY 1000 lebih kurang RM40. Pilih yang rasa berbaloi ya. |
|
Sale Krimas. Jangan lupa, sesetengah barang ada tax juga. |
|
Segar-segar |
|
Segala mak nenek hasil laut ada di sini Tu yang corak-corak batik tu sotong rasanya, lawa, kan. |
|
Strawberi Jepun, strawberi Cameron Highland sama je..udah namanya strawberi gitulah rasanya. |
Ueno Park dekat je di situ. Mula-mula nampak signboardnya
tapi kemudian semuanya tulisan Jepun. Berpandukan stroke character tulisan
tu, bandingkan dengan apa yang ada di buku panduan. Hah nasib baik bijak juga..hehe. Pokok
berwarna merah, kuning, keemasan yang berselang seli dengan hijau memang
memukau. Matlamat memang nak tengok musim luruh kan, swafoto (selfie) 1,2,3.
Kawasan taman memang luas, tidak berdaya nak pusing semua, hanya di pinggiran
sahaja. Lunch makan kebab kentang 700 yen di kedai Ameyokocho. Free air
teh.
|
Belajar tentang tumbuhan di musim luruh, indahnya ciptaan Tuhan,kan? Pelbagai warna pokok untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi-Nya. Menceriakan hati, Nikmat yang mana lagi hendak kau dustakan? |
|
Sisa-sisa cherry blossom. |
|
Tak taruh nama setiap pokok tu, jadi tengok warna-warni sahajalah. |
|
Daun berguguran |
|
Ni baru betul namanya teratai layu di tasik madu.. hehe. |
|
Di kedai sebelah katanya ada nasi goreng. Haish udah datang jauh ke Jepun takkan makan nasi goreng juga, kan. |
|
Kebab daging, campur kentang lenyek. Boleh tambah cheese kalau nak. Tambah duit lagi la. |
Perjalanan diteruskan ke Akihabara. Syurga bagi peminat
anime, banyak kedainya. Orang yang minat ni mau gila gamaknya bila masuk di
setiap kedai. Banyak café juga di kawasan ni, Gundam Café, Maid Café dan
macam-macam lagi. Turut menjadi tumpuan kerana banyak kedai elektrik/gajet/teknologi dan yang seumpamanya.
|
Kedai cheese tart Pablo. Berbaris orang membelinya. Dah ada dibuka di 1Utama, Damansara, Malaysia. Yang ni terletak di luar Stesen Akihabara. Exit yang mana, lupa dah. |
|
Jalan-jalan di sini, ada banyak kedai yang boleh beli sourvenir berlambangkan Jepun. |
|
Gundam (anime) Cafe dan AKB48 (Jpop Group)Cafe |
|
Cafe tu terletak di exit subway yang ni. Untuk Pablo Cheese Tart tadi, exit yang bertentangan dengan ni. |
No comments:
Post a Comment