Misi
‘mengejar’ Fujisan
Di Guest House ini juga disediakan sarapan berjumlah JPY 800 – vegetarian. Mahal tu, makan bukan banyak manapun. Memandangkan Brahims
yang terakhir ada lagi, panaskan sahaja dalam microwave oven tapi nak
masak air pula kena bayar JPY 100 baru gas tu terpasang. Kami check out pukul
9.00 dan destinasi seterusnya Gotemba Stesen. Pekerja Guest House memang siap simpan jadual bas yang lalu dan
memberitahu nombor hentian bas yang
patut ditunggu. Pukul 9.40 katanya. Di
sini bas tak payah tahan, bila dia nampak orang di hentian, dia akan berhenti. Gamaknya
(haha..sebab dia berenti je).Kad PASMO dah tinggal kosong, jadi pakai duit
tunai sahaja untuk tiket. Oleh kerana bas yang dinaiki ialah bas lebuh raya,
jadi ada ruang simpan beg di bawah. Kita buka sahaja. Itupun diberitahu oleh
pekerja Guest House.
Hentian bas. Panduannya nombor 5. Depan sikit lagi pun ada hentian bas. Bas yang datang akan berhenti memang yang hentian dia so tu yang tak perlu nak tahan bas, sebab dia berhenti je. |
Lengkap dengan maklumat. Menunjukkan tempat-tempat yang akan dilalui dan tambang ke tempat yang kita nak pergi tu. |
Jalan di
sini bengkang-bengkok, macam laluan Cameron Highland ke Tapah. Sesekali
terdengar pengumuman menyatakan jalan banyak curve jangan guna tandas
masa ni. Bagus tu ada pengumuman. Kami duduk di baris depan jadi dapat tengok pemandu ni. Menariknya, setiap kali berhenti kat simpang, dan bila nak jalan dia akan angkat jari telunjuk, lepas tu macam mengira ke kanan dan ke kiri. Bayangkan : Tangan tu macam kita main "aci lut at at" . Sebenarnya masa tunggu bas tu pun nampak driver bas lain pun buat gitu. Hmm mungkin kira jeda masa. Ingat lagi masa ambil lesen memandu, kan ke untuk kita kekalkan jarak dengan kereta depan tu ada kiraan, Payah pula nak terang dalam bentuk tulisan. Haha. Ok lupakan sejarah lama ambil lesen 3 kali huhu. Driver bas ini juga selalunya beruniform kemas, berwajah serius dan setiap kali nak mula gerak selepas berhenti di hentian akan cakap sesuatu. Entahlah apa cakapnya, tapi macam nak beritahu ok kita nak jalan. Haha. Bagus tak interprestasi?
Di
hentian seterusnya, ada pasangan Cina ni naik dengan beg punyalah besar yang
memang boleh muat orang juga. Kakak saya
pun memberitahu mereka dalam BI boleh letak beg di bawah. Yang kelakarnya,
respon dia, “Can ek?” Dalam hati
dah agak ni, mesti Malaysia. Orang Johor suka cakap gitu, kan. Memang kami
berhenti di stesen yang sama, Gotemba Stesen. Di situlah juga tempatnya kalau
sesiapa yang nak pergi ke Gotemba Premium Outlet. Tunggu feeder bus di situ.
Ini Gotemba Station, tapi kita bukan nak naik kat sini. Kena turun tangga tu dulu baru nampak hentian basnya. |
Dari Hakone
ke Gotemba Station 40 minit. Kami kena berpindah bas pula untuk ke Kawaguchiko
Stesen. Perlu naik ke subway stesen tu
dulu dan turun semula di tempat perhentian bas. Nanti boleh nampak
signboard yang tulis Kawaguchiko Station.
Tambang JPY 1650 tapi bagi yang ada Hakone Pass bayaran termasuk sekali,
kata dek pasangan Cina tadi. Haha rupanya betul derang orang Johor. Beautiful
Malaysia, dengar slang pun dah boleh agak.
Jadual waktu berlepas dan memang bas sampai tepat pada waktunya. |
Dalam bas, pakai Pasmo sentuh dulu. Ada juga yang masuk sahaja di pintu tengah dan akan turun di pintu depan baru bayar. Untuk yang pakai Hakone Pass tunjuk pass sahaja bila nak turun. |
Bas jalan
tepat pada waktunya pukul 10.40 pagi. Tidak ramai yang menaiki bas jadi
bolehlah kami duduk kerusi seorang satu. Melalui pekan-pekan, dan sepanjang jalan
banyak je hotel atau resort di sini. Ha dari dalam bas dah boleh nampak sedikit
demi sedikit Gunung Fuji. Meh kita main aci kejor tangkap gambar Fujisan dari
dalam bas.
Mula nak nampak Fujisan |
Aiseh terlepas nak tangkap masa bas tu pusing. |
Gotcha dapat juga tangkap sikit. Nun di kejauhan boleh nampak puncak bersalji. |
Aum cak... di celah-celah pokok pulak. |
Alhamdulillah nampak jelas melatari Kawaguchiko Station. Ketika ini sekitar 12 tengah hari. |
Setelah 1
jam lebih perjalanan akhirnya sampai di Kawaguchiko Station. Wah jelas
kelihatan Gunung Fuji, dengan langit yang cerah. Sebelum belajar geografi,
mengenali Gunung Fuji ini melalui lagu popular Indonesia;
Jangankan Gunung Fujiyama, puncak Himalaya
ku ikut kamu.
Jangankan ke Kamboja, ke Euthopia ku ikut kamu.
Ha, belajar
geografi dari lagu je. Macam tak pernah sangka boleh lihat Gunung Fuji depan
mata kerana imejnya hanya biasa dilihat di cover kalendar. Puncak
diliputi salji. Dikatakan berbentuk simetri kerana di mana sahaja dilihat,
bentuknya sama.
Dari Stesen
Kawaguchiko tu pula beli tiket untuk Sightseeing Bus bernilai JPY1200, boleh
naik bila-bila masa untuk dua hari dan boleh naik untuk kedua-dua laluan iaitu
Red Line dan Green Line. Memandangkan ini hari terakhir, flight pukul 12.05
pagi nanti, jadi sebenarnya tidak punya banyak masa nak melawat. Destinasi
sasaran ialah Lake Kawaguchiko. Oleh itu hanya menggunakan Laluan Merah
kerana mengejar masa. Tiket bas ke Haneda pun dah beli, bas akhir pukul 5.45 petang. Naya kalau terlepas nanti.
Locker di
Stesen Kawaguchiko ni dah penuh, jadi kami ke tempat lain untuk simpan bagasi.
Di seberang jalan ada kedai cenderamata yang turut menyediakan perkhidmatan
menyimpan bagasi. Mahal sikit daripada locker, tapi ada kupon diskaun untuk
beli sourvenir di kedai tu.
Inilah petanya. Boleh tengok laluan merah lalu mana dan laluan hijau ke mana. Laluan pendek ialah laluan merah so sesuai untuk yang mengejar masa. |
Kembali
semula ke Stesen Kawaguchiko, dengan jelas ditulis tempat tunggu bas Red Line
dan Green Line. Melalui map yang diberi, jadi kita bolehlah pilih nak
pergi tempat yang mana. Contoh, Kawaguchiko Natural Living Center, Kawaguchiko
Museum of Art, Kawaguchiko Muse Museum, Oishi pongee Traditional Craft Center,
Kawaguchiko Music Forest Museum, Itchiko Kubot Art Museum. Ada yang berbayar
dan ada yang percuma. Jadi kita boleh turun lepas tu tengok beberapa minit dan
tunggu bas semula dan turun di hentian lain pula. Gitu kekdahnya. Jadi adalah
beruntung kalau yang dah bermula daripada awal pagi, banyak tempat boleh pergi.
Pengumuman hentian kadang-kadang ada dalam bahasa Inggeris tapi kebanyakannya
bahasa Jepun jadi kena alert juga dengan peta di tangan.
No comments:
Post a Comment