Friday, June 4, 2010

Nasi Ulam

Kalau orang Kelantan popular dengan nasi kerabunya, orang Perak pula terkenal dengan nasi ulamnya. Malangnya apsal la tak popular macam nasi kerabu yang senang je boleh jumpa. Pagi-pagi pun ada. Gamaknya susah nak mencari ulam-ulamannya tu pasal tak popular. Kalau balik kampung barulah boleh makan itupun My Mum Nasi Ulam..hehe... Kawan-kawan yang buat blog pasal masak-memasak ni dan yang berasal dari Perak cubalah popularkan nasi ulam ni dan panggil saya buat uji rasa ya. Terima kasih.

Biasanya mak saya buat masa nak buka puasa. Tak tahu la kenapa ya..tapi feeling dia lain sikit bila makan masa berbuka tu berbanding dengan makan tengah hari. Kalau nak diikutkan betul-betulnya nak kena 44 jenis ulam..tapi payahlah tu kan, sikit pun boleh dan kebanyakannya memang kat belakang rumah je. Anytime boleh buat.

Bahan-bahannya:
  • Daun selom
  • Daun pegaga
  • Daun mengkudu
  • Daun ulam raja
  • Bunga kantan
  • Daun selasih
  • Daun kari
  • Daun legundi
  • Daun cekor
  • Daun sekentut
  • Daun jambu batu
  • Daun nilam
  • Daun pudina
  • Daun bangun-bangun
  • Daun sentang (kalau nak rasanya pahit-pahit)
  • Daun kunyit
  • Halia
  • Kerisik
  • Bawang besar potong subang
  • Serbuk lada hitam
  • Isi temu
  • Lengkuas
  • Ikan masin yang eloknya tenggiri atau merah digoreng dan ditumbuk
  • Garam sikit kalau tak nak pun tak apa
  • Nasi semangkuk yang dah disejukkan.


Ni dia ulam-ulamnya

Setelah dihiris


Gaulkan kesemuanya


Lauk sampingan yang sedap dimakan dengan nasi ulam ni Sambal Ikan Kering. Eloknya ikan merah yang dipotong kecil-kecil sebesar ibu jari dan digoreng.

Bahan untuk sambal:
  • Cili kering rebus dan ditumbuk kasar dengan lesung batu..saya selalu tanya kalau blend tak boleh ke..ayat standard mak, "Itulah seni memasak." Anaknya pemalas nak kerja senang je..hehe
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
Kesmuanya ditumbuk sekali. Tumis bahan cabai. Taruh air asam. Gula secukup rasa. Garam tak payahlah sebab dah masin.

Satu set nasi ulam berlaukkan sambal ikan kering dan ditambahkan lagi dengan keropok dan telur dadar.

No comments: