May di Teluk Intan. Selalu belikan sarapan nasi kerabu untuk saya. Rindu nasi kerabu Pandan Mewah dan Taman Jaya.
Yang kecil untuk Ken di Seremban. Walaupun lama tak jumpa time Raya Aidilfitri dia mesti ingat nak SMS.
Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Sejak kerja sendiri, rutin harian hari Jumaat pergi mengaji di masjid. Ustaz jemputan dari seluruh negeri Perak. Saja nak share apa yang dipelajari hari ini. Ustaz tanya nama 25 Rasul yang wajib diketahui. Alamak lupalah pulak, malu ni kalau anak saudara yang sekolah rendah tanya. Recall balik, tapi susunannya mungkin tak berapa betul:
Macam mana boleh tak ingat padahal kebanyakannya nama saudara-mara, adik-beradik, tuk dan moyang. Mengakui kekhilafan sendiri. (Bagusnya ayat)
Membetulkan yang benar dan membenarkan yang betul. Faham?
Sekarang ni kita banyak terpengaruh dengan adat dari mengamalkan Islam itu sendiri. Misalnya bila kematian, malam tu mesti orang sibuk nak buat kendurinya. Belum lagi kenduri 40 hari, 100 hari, turun batu dan macam-macam lagi. Banyak benor makannya.
“Kalau tanam buah lambat makannya. Kalau tanam orang terus dapat makan!” Secara sinisnyalah ustaz tu memetik kata orang lain. Mengikut hadis nabi, sepatutnya kita yang menyediakan makanan kepada orang yang sedang berdukacita.
Ustaz ni memang pior bahasa Peraknya kadang-kadang kelakor bunyinya jadi takdelah mengantuk. (Pior Perak sama makna dengan Pure English –kan dah cakap orang Perak pandai bahasa omputih hehe) antara kata gandaan Perak yang dipelajari:
Gulin pering – jatuh tergolek
Sesat barat- sesat teramat sangat
Meraban teben-merepek
p/s: ada satu lagi... buat nohin- buat tak tahu je...gamaknya dari bahasa Inggeris gak..no hint ..hehe
Tak tahulah kenapa minat sangat nak buat kait jarum dua ni. Buku berlambak tapi still tak dapat lagi belajarnya. Berjaya buat kat jarum yang pertama je lepas tu nak pindahkan tak berjaya. Tengok juga kat Youtube maklumlah orang sekarang kan belajar dari situ juga. Dah dua kali replay sama juga, tak dapat. Benak benor rasanya. Huhuhu. Buku ni pinjam dari kakak dengan harapan akan berjaya sebab boleh study slow slow.
Tajuk: Teach Yourself Visually Knitting & Crocheting
Penulis: maranGraphic & Wiley Publishing
Penerbit: Wiley Publishing, US Cetakan:2004
ISBN: 0-7645-6914-7
Harga: RM71.80
Sinopsis: Are you a visual learner? Do you prefer instructions that show you how to do something- and skip the long winded explanations? The Visual Learning System in Teach Yourself Visually Knitting and Crocheting breaks down the complexities of these crafts into graphical two-page lessons that simplify learning. Inside you’ll find clear, step-by-step instructions covering all the basics of knitting and crocheting. Full-color photographs show you how to work with needles and yarns, fix common mistakes, and master finishing techniques. Plus, you get an impressive selection of patterns and shortcuts that will have you creating sweaters, scarves, pillow and more.
Komen: Memang gambarnya besar-besar tapi keputusannya masih sama. Pening, banyak pulak stailnya ada English Style, Continental Style. Jiran dekat rumah ni tau buat dan dah minta tolong ajar. Pengerasnya bagi coklat je kot sebab dia rajin datang beli coklat. Hehe.
p/s: sedang menelaah Interlok yang berusia 40 tahun.
Untuk adik Si Danish ni Mak Uda buat selimut. Dapat je nama dari papanya terus buat nama guna kain felt. Maknanya Puteri Kebijaksanaan. Masa kecil-kecil dulu Mak Uda terpengaruh dengan jenama Ladybird so Mak Uda letak kumbang ni untuk nampak kiut sikit. Ambil masa dua hari untuk disiapkan. Semoga jadi 'selimut busuk' so boleh ingat Mak Udanya selalu. Bantalnya pulak Opahnya buat daripada kekabu. Buat untuk Mia, tapi Danish yang rasmi dulu. Nasib baik Opah buat dua.
Mak Uda
Tanda-tanda dah nak dekat Chinese New Year (CNY). Tak payah tengok kalendar pun dah tahu.
Selalunya suruh kawan Cina yang beli sebab dia pandai pilih. Ni terpaksalah beli sendiri pulak. Masa tengah pilih-pilih tu, ada seorang auntie tu cakap “ng leng, ng leng”. Maknanya tak cantiklah buah tu. Saya pun tanyalah,"Kalau cantik macam mana auntie?” Weh la auntie tu tak jawab, sibuk lagi dia memilih sambil cakap “ng leng”, “ng leng”. Malu sekejap.
Kawan saya pernah cakap ambil yang besar, saya pula suka ambil yang kecil-kecil sebab hasilnya nanti kecil-kecil je. Dah habis pilih tetiba tu rajin pulak auntie tadi tu menanya, “Masak apa?” “Goreng je.” Kalau derang masak, buat lauk makan dengan nasi.
Kalau terror cuba la hiris terus masuk kuali. Saya tak boleh...kena hiris tempat lain dulu, tak sempat nak kejar nanti. Lepas je masak terus tabur garam sikit. Rasanya lemak-lemak masin.
Siap.
Ni kalau kawan tengok mesti cakap “Walawei hangit!” hehe.
Khas buat my dear friend Miss Lim Moi Keaw, Gong Xi Fatt Cai. Cepat-cepat kahwin. I nak angpau :)