31 Ogos 2012, 55 tahun sudah kita merdeka. Di dalam status
fb seorang rakan sebelum ini, ketika dia
menyerahkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena kempen kibarkan Jalur
Gemilang, ada seorang pak cik ni menolak dan mengatakan dia menyokong parti X.
Sedih! Aik, parti pembangkang tak boleh
kibarkan Jalur Gemilang ke? Bukankah dia rakyat Malaysia juga. Oh patutlah
bendera parti lebih mengatasi Jalur Gemilang di kebanyakan kawasan.
Saya juga pernah mengalami situasi yang agak sama. Di dalam satu acara nasional yang dihadiri, ketika
pengerusi majlis meminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Orang di
sebelah saya, dari gaya dan perbualan sebelum ini memang boleh agaklah dia
parti mana. Tiba-tiba dia cakap, kalau nyanyi lagu U-M-N-O aku keluar dan dia
ketawa. Tak lawak pun, dah jelas pun orang tu cakap lagu Negaraku. Bila orang
lain menyanyi dia sibuk berbalas mesej di telefon. Berdiri tegak je pun tak
boleh? Ish ish ish. Tapi kawan serumah
kawan saya lagi hebat. Masa tu saya tengah sembat baju sambil dengar radio.
Kawan tu pun duduk lepak baca surat khabar. Pukul 12 tengah malam biasa dekat
radio kan ada lagu Negaraku, tiba-tiba dia
suruh, “bangun!” “bangun!” Saya terpinga-pinga. Dia terus nyanyi lagu Negaraku
sama-sama dengan radio tu. Err macam pelik sikitlah situasi masa tu, nak
berdiri tiba-tiba pastu nyanyi. Saya terus menjahit. Respeklah kat Kak Zu. Dah
lama tak jumpa dia.
Dalam keadaan sekarang ni yang ramai nak bercakap dan
memberi komen di dalam laman sosial, peringatan dari editor Mingguan Wanita
(bil 1493) ini harus diambil kira. Antara yang boleh dipetik, ‘sebagai masyarakat yang sentiasa berbaik pakat dan
meninggikan nilai-nilai murni, kita sepatutnya menjadi pendamai. Tulislah
sesuatu yang kita rasakan salah atau tidak patut pada pandangan kita itu dengan penuh rasa tanggung jawab
agar kita tidak dinilai sebagai perosak budaya di masa akan datang. Dan
bagaimana kita mahu orang lain menghormati dan memartabatkan bahasa dan budaya
kita, jika kita sendiri tidak mempedulikannya.
Apa yang kita kata, tulis dan niatkan itu akan dinilai di hadapan Allah kelak. Bagaimanakah kita mahu diri kita dinilai?'
|
1 comment:
terima kasih atas pandangan tersebut
Post a Comment