Olahan semula dari pengajian di Masjid Ubudiah.
Apabila berbeza pendapat ingat 3 perkara:
1) Memang Allah menjadikan kita berbeza-beza.
1
1 Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah
Maha Mengetahui, Mahateliti. (Al-Hujurat
: Ayat 13)
Sama juga apabila di dalam komunikasi apabila seseorang tu
cakap lebih sikit (macam meninggi diri)
kita jangan pula sama naik nak tunjuk bagus juga. Kita ‘rendahkan’
sikit.
2
2) Cintailah kekasih kamu kurang sikit,jangan
sayang 100 peratus takut nanti jadi musuh kamu.
Sama macam didik anak. Tak boleh bagi
sahaja apa yang dia nak, nanti jadi macam Anakku Sazali. Teringat sebelum ni
dalam akhbar kisah seorang pelajar universiti bunuh diri kerana cintanya
ditolak. Cinta 3 segi antara tiga orang kawan baik (2 lelaki dan seorang
perempuan). Seorang ni jatuh cinta dengan perempuan ni tetapi rupanya perempuan
ini suka kepada lelaki yang seorang lagi. Dia tidak dapat menerima cintanya
ditolak lalu dia terjun bangunan kerana kecewa. Bapanya berkata kepada
wartawan, jangan selalu beri apa yang anak mahu kerana selama ini dia sering
memberi apa yang anaknya inginkan sampaikan anaknya tidak pernah ‘merasa’
perasaan ‘ditolak’. Ia satu pengajaran.
DAN
Bencilah musuh kamu kurang sikit, jangan
memusuhi 100 peratus takut nanti jadi kekasih kamu.
Kalau berdepan dengan budak ni, ai susah nak tolak
permintaan lebih-lebih lagi tengok muka comel dan tembam ni.
3 3) Kata-kata ulama dari
al-Quran
Kita tolong-menolong dalam perkara yang
kita setuju dan berlapang dada dalam perkara yang kita beza.
Contohnya, kalau nak beli kereta, si suami
kata nak warna merah, si isteri kata nak warna biru. Masing-masing setuju nak
beli kereta tapi jangan sampai berbalah kerana nak pilih warna kereta. Kena
berlapang dada. Cuba pergi kedai kereta dulu dan tengok ada tak warna tu,
entah-entah dua-dua tak ada, yang ada warna hitam. So terus buat keputusan
pilih warna hitam. Selesai masalah. Ataupun tahun ini warna biru, tahun depan
cat warna merah. Itu pun selesai masalah. (Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi)
1 comment:
assalamualaikum cik zarina? apa khabo?
Post a Comment