Cuti Raya, masa untuk kita berkumpul. Jadi mengambil
kesempatan untuk beramai-ramai pergi ke Night Safari di Taiping masa Hari Raya
Kedua. Sedangkan Night Safari kat Singapore pun dah pergi ini pula yang
tersangatlah dekatnya.
Keburukan berjalan masa bercuti ni, jalan sesak ya amat.
Bukan sahaja orang Islam beraya, orang lain pun ambil kesempatan jalan-jalan
juga cuti ni. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai sejam boleh jadi
berjam-jam. Sangkut di jalan dan tol.
Alhamdulillah masa nak beli tiket tak ramai yang
berbaris. Dewasa RM16 dan budak-budak
(3-12) RM10. Boleh berjalan kaki masuk dalam atau naik tren mini yang
disediakan. Nak naik tren tu ramai jugalah orang menunggu tapi tak lama, tren
tu pun datang sekali tiga.
Pergi ke zoo tidak meriah tanpa ada budak-budak sebab masa
ni lah nak ajar vocab dan mengenal binatang.
|
Masa naik tren, mula-mula pemandu tu adalah menerangkan
tentang binatang apa yang terdapat di sebelah kanan, lepas tu udah senyap
pandai-pandailah tengok sendiri kiri dan kanan ada apa ya! Ada sesetengah
binatang memang sangat aktif waktu malam jadi inilah masa terbaik untuk tengok.
Enjoy!! Maklumat lanjut di sini.
2 comments:
assalam..saya tak berkesempatan ke sini lagi..insyallah kalau balik lenggong nanti bole ler singgah sini jap..
Kalau tak naik tren tapi nak jalan kaki silalah bawa torch light untuk memudahkan perjalanan.
Post a Comment