Sekarang ni
kalau batuk memang lambat
baik, kan. Kadang-kadang makan ubat sebotol pun tak baik-baik lagi.
Saya memang tak boleh mula batuk, memang
susah nak baik. Masa Ramadan lepas, seminggu dekat nak raya, batuk tak hengat
punya teruk dengan sakit tekak sekali sampai suara pun hampir hilang. Kalau
orang telefon, balas SMS kata takde suara, apa-apa SMS je.
Petua pun dah
pelbagai dari ubat klinik sampai ke petua-petua tradisional. Raya pun still ada
batuk-batuk lagilah, sampai tak puas nak makan kuih raya ngan lemang ketupat
bagai sebab kerongkong tu rasa gatal je. Pendek kata makan je apa-apa mula
batuk dah. Makanan berminyak macam muruku-muruku tu pun elak makan. Pergi rumah
orang pun asyik minta air suam je, kalau minum ais takut batuk teruk. Orang
cina kata kalau batuk tak boleh makan ayam, dah le p rumah orang rendang ayam
je jumpa. Limau pun katanya tak boleh makan sebab panas dalam badan.
Antara petua yang dicuba:
1.Daun bangun-bangun.Taruh 2 helai dalam air suam. Rendam sekejap pastu minum
airnya. Daun ni ada bau macam jintan.
2. Halwa kundur. Rebus dan minum airnya. Bila air dah habis pun, rebus lagi
sampai halwa kundur tu dah hilang rasa manisnya. Untuk panas dalam badan.
3. Petua cina ni kawan saya kasi.
Teh
halia rebus dengan telur. Pernah buat sekali je, leceh dan tak larat nak makan
tapi memang ada kurangnya juga batuk. Rendam teh hijau, masukkan halia dan pecahkan 2 biji telur(jangan kacaukan),
masukkan sikit gula batu. Guna kukus, masak perlahan bahan-bahan tadi lebih kurang
1 jam setengah. Makan masa masih panas. Dinner yang terbaik sebelum tidur. Buat
dalam 3 hari.
Punyalah mengelak makan kerepek-kerepek sampai peyek kegemaran saya yang
memang ada kat rumah ni pun tak makan. Tengok dengan rasa sedihnya. Huhu, sebab
kalau mula makan, nak makan dan makan lagi. Makin teruk pulak batuknya nanti.
Sekali, bila pak cik saya makan peyek ni dengan gaya sedapnya, adoi tak boleh
tahan, nak makan jugak. Sampai 5 keping makan, lupa pula batuk. Pastu eh macam
tak batuk sampai ke malam. Esoknya ada batuk sikit-sikit, pastu try makan lagi
peyek ni, tak batuk juga pun. Last-last saya pun tak sedar bila batuk berhenti.
Betul pula orang cakap ‘kalau sakit, benda-benda yang pantang tu sebenarnya
kena makan’. Hemm tak tau lah, yang pasti kalau Allah kata baik, baiklah, betul
tak?
Peyek Pak Mat ni dari kecil lagi dah makan. Dulu-dulu dia letak kat kedai
senang nak beli tapi sekarang ni anak-anak dia pun tak bagi bapaknya buat dah,
anak-anaknya semua dah kerja besar. Jadi kalau nak makan kenalah order, itu pun
tengok dia boleh buat ke tak. Hanya orang-orang kampung ni saja yang tau macam
mana kesedapannya. Ibarat masakan ibu, di mana pun kita berada tetap ingat,
walaupun orang lain kata biasa je. Mungkin sebab nostalgia tersemat di dalamnya
hehe.
 |
Pak cik dari Johor pesan, nak bawak balik. |