Hehehe tajuk perasan ala-ala kembara Sultan Johor. Melawat ke Selatan tanah air, bermula dengan
Teluk Intan - KL – Negeri Sembilan –
Melaka – Johor.
Misi :
1.Tengok tempat
bersejarah seperti muzium dan makam. Murah dan ada yang free.
2.Tengok tempat menarik.
3.Meminimumkan kos
tol dengan ikut jalan kampung.
4.Merasa makanan istimewa di setiap negeri.. Tapi tak berapa berjaya last-last makan makanan biasa gak sebab singgah kedai bila dah lapar so makan apa yang ada.
Dapat merasa pandu kereta hibrid kawan. Keseluruhan
perjalanan 1500 km, minyak lebih kurang RM140 je. Bahagi 3 lebih kurang RM50
seorang. Lebih mengagumkan bila isi minyak penuh di Teluk Intan. Sampai KL
minyak tak luak pun, pakai kuasa bateri. Fuyoo tapi adalah syarat
pemanduannya, tak lebih 90km/j, tak brek
selalu dan ada lagi cara-cara pemanduan berhemah untuk menjimatkan minyak. Tu
pasallah kami ikut jalan kampung je. Bersantai-santai sambil tengok apa yang
ada di sekeliling.
Kitaorang memang bukan jenis pakai smart phone. Rancang mana
nak pergi dengan google dahulu apa tempat yang menarik, lepas tu beli peta, banyak
tanya orang dan baca papan tanda sahaja. Bawa GPS pun tak membantu, cari tempat
yang nak pergi tapi tak keluar pun, jenis tak reti pakai gamaknya. Kesimpulannya
redah sampai sudah.
Alhamdullillah semuanya selamat. Jauh perjalanan luas
pemandangan.
|
Tak pernah tahu ada tempat nama Selekoh di Perak |
|
Tak pernah tahu kat Bagan Datoh banyak tanam pokok kelapa. Kelas geografi main-main lagi hemmm. |
|
Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah |
|
Kampung Morten, Melaka. Menarik rumah-rumahnya. |
|
Makam Sultan Mahmud, Kota Tinggi, Johor |
|
Tanjung Piai, Johor. Penghujung Selatan Tanah Besar Asia |
|
Orang Dari Bandar Diraja Kuala Kangsar melawat ke Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor |
|
Perkampungan Hang Tuah, Melaka |
|
Muzium Tentera Darat di Port Dickson |
|
Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra |
|
Alang-alang dah sampai ke JB, seberang ke Batam. |
No comments:
Post a Comment