Thursday, May 8, 2014

Penginapan di Jepun (Ryokan dan Capsule Hotel)


Kami duduk di dua hotel. Yamatoya Honten ada dua jenis bilik, ryokan iaitu tradisional Jepun atau Barat – dengan katil agaknya.

Boleh naik bot ni. Belakang hotel je tapi tak taulah naikkat mana.

Ruang tamu. Bila nak bentang tilam di akan tolak meja ni ke tepi. So memang muat 4 orang dalam ni.
Kami pilih ryokan untuk merasa. Tidur atas tilam lembe tapi selesa. Dengan selimutnya yang tebal elok sangat mengeram dalam tu hehe. Tapi memang bestlah, tilam kekabu pun tak best cam ni. Boleh tolak-tolak pintu ya macam cerita Oshin. Budak sekarang tak kenal pun siapa Oshin tu.  Tilam akan dibentang bila dah petang. Kitaorang selalu balik dalam pukul 9 atau 10 malam memang dah bentang. Pagi esok dia akan kemas semula.   

Hotel ni dekat kawasan tumpuan orang ramai. Memang dekat jalan besar. Bunyi lampu trafik untuk pejalan kaki pun boleh dengar dari sini. Hari kedua tu pagi-pagi dah dengar bunyi siren. Tak pasti bomba atau ambulans. Bingkas bangun kot ada emergency, rupanya lalu je. So siapa tak tahan bunyi bising tak boleh la duduk sini. Mudahnya sebab dia dekat dengan subway, tempat teksi dan kedai-kedai.

Hotel ni terletak di belakang main road. Jadinya bila mula-mula nak cari memang tak jumpa walaupun dia dah bagi penerangan cara nak pergi melalui exit subway. Akhirnya naik teksi baru jumpa.

Tak de la sempit sangat, ada ruang untuk pusing ke kiri dan ke kanan. Ada tv dan cermin.

Tarik bidai tu bila nak tidur

Hari terakhir kami pilih untuk merasa tidur dalam kapsul hotel. Asal usul kapsul hotel ini dikatakan untuk orang yang sangat rajin bekerja dan orang yang ketagih bermain mesin pachinko hingga tertinggal tren akhir untuk balik ke rumah. Ruangan kapsul ini kelihatan tidak selamat kerana hanya ditutup bidai tapi kami memilih bilik persendirian yang hanya memuatkan empat kapsul. Ada juga yang berbentuk dorm yang lebih murah. Lelaki dan perempuan ditempatkan di aras yang berbeza. Di dalam kapsul ini lengkap dengan televisyen, cermin, jam, jam penggera, dan butang kecemasan. Jika butang kecemasan ditekan pihak pengurusan akan datang untuk memeriksa. Menarik juga merasai pengalaman ini.


Ada jam, boleh pasang alarm. Butang-butang kawalan jauh ni untuk memudahkan kita. Tapi baca dulu penerangan ya!

Kalau dorm, cenggini lah rupanya. Tingkat perempuan dan lelaki berbeza.

Ni dalam ruang rest room yang dikongsi beramai-ramai. Boleh sauna juga. Bilik mandi yang dikongsi beramai-ramai juga. Hmm..memang tak mandi..hehe

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kapsul tu macam naik ktm yg ada katil tue..

zarina said...

tak pernah naik ktm yang ada katil so tak leh nak bayangkan..tapi memang selesa duk kat private room berbanding ramai2

syima said...

Sis..nak tanya..ryokan yg sis duduk ni kat area mana?berapa rm satu malam? Dekat dgn station x?

zarina said...

maaf lambat jawab.. ni kat Yamatoya Honten..dah lupa berapa semalam, cuba google website dia.. lebih kurang 1km la stesennya. dia kata 3 minit jalan kaki tapi itu gaya orang jepun jalan..sangat pantas..kalau gaya jalan malaysia lenggang-lenggang kangkung gitu adalah dlm 10 minit.. dekat kawasan yang ada signboard besar glico man