Kalau dah nampak Rawang tu, tak jauh maknanya dah. |
Memang senang naik ni kalau ada apa-apa acara nak pergi. Ok minggu ni dah start Pesta Buku
Antarabangsa. Laluannya:
ETS Ipoh – berhenti
KL Sentral – naik LRT ke Masjid Jamek- transit, tukar LRT - ke PWTC (hentian akhir
Sentul)
Boleh juga dari KL Sentral naik komuter, tapi saya rasa naik
LRT lagi dekat turunnya terus ke PWTC. Sediakan touch n go. Kalau tersalah naik tren pun tak mengapa. Lebih mudah sebab
tak perlu beli tiket. Dulu-dulu ada dua jenis LRT, PUTRA (warna merah putih)
STAR (kuning) dan kita kena beli tiket beza. Tapi sekarang ni dah bersepadu
jadi bila beli tiket pun senang sahaja sebab cuma pindah tren sahaja. Bagus.
Ok untuk beli-belah raya nanti he he he. Jalan TAR.
ETS Ipoh – berhenti KL Sentral- naik LRT ke Masjid Jamek.
Ok turun sahaja Masjid Jamek tu dah boleh shopping –shopping
jalan Masjid India dan menghala ke jalan TAR, Semua House , Sogo dan Pertama
Kompleks. Kalau rasa dah banyak sangat barang yang bawa dan nak patah balik
udah tak sanggup. Begini laluannya:
Masuk Sogo dan pergi arah belakang, nanti akan nampak
signboard menuju ke LRT Bandaraya. Senang je tak payah lintas jalan sebab
laluannya bersambung dengan bangunan
Sogo.
LRT Bandaraya – Masjid Jamek - transit - KL Sentral - ETS - Balik
Ipoh
Di KL walaupun banyak pasar rayanya, tapi yang paling dekat
di hati, Amcorp Mall kerana ada flea market setiap Sabtu dan Ahad. Di sini
sahaja yang nampaklah barang yang boleh dibeli. Kalau pergi Pavilion atau KLCC,
ish ish ish tak seronok langsung. Sekali saja dah cukup. Ok laluannya:
ETS Ipoh - KL Sentral - LRT ke Taman Jaya (hentian akhir Kelana
Jaya)
Saya merupakan antara pengguna LRT yang terawal. Hujung
90-an rasanya. Maklumlah masa tu rumah dekat dengan LRT. Jakun sikitlah. Tapi
kan sejak dari awal sampai la ke tahun 2015 ni
rasa tren tu sama sahaja. Cubalah tukar sikit yang laluannya tu ada
lampu yang boleh nyala klip klip setiap kali sampai di sesebuah stesen tu macam
dekat negara lain. Ni kalau dengar pengumuman suara je kadang bila tengah
khayal, eh sampai kat mana ni ek. Tercangak-cangak jadinya. Orang lain setuju
tak?? Haha marah pak menteri.
Dalam banyak-banyak negara yang dilawat, pengalaman naik
pengangkutan awam di Jepun dirasakan paling menarik. (Pengalaman selama 5 hari sahaja).
- Telefon dalam mode senyap - mula-mula naik tren walaupun ramai dalam tu, tapi senyapnya suasana.Tak ada bunyi telefon atau mesej masuk. Penumpang biasanya membaca, tengok telefon, termenung, dan kalau datang berkumpulan tu bersembangnya perlahan sahaja dan tidaklah satu gerabak tu dengar suaranya. Keesokkan harinya baru nampak di dalam tren ada sign “Please switch off your mobile phone when you are near the priority seat.” Gamaknya tu la yang tak dengar bunyi telefon tu. Saya pun dah jadi biasa dan sampai kat Malaysia pun memang biasa silent phone bila naik pengangkutan awam.
- Kalau nak keluar tren biasanya saya akan tunggu berhenti betul-betul baru bangun (kecuali kalau ramai orang). Kalau di sana, penumpangnya biasa dah siap bangun dan tunggu depan pintu untuk keluar bila nak sampai. Memang mereka menghargai masa itu emas.
- Siap berbaris untuk menunggu tren. Biasanya selagi tren belum sampai saya akan duduk dulu, bila dah dengar bunyi tren datang baru baris. Kalau di sana, jangan harap nak buat macam tu. Kalau tak baris awal memang orang akan bertambah ramai dan memang kita akan ke belakang-belakang.
- Di sana, tren sampai awal dan masa tu juga akan dibersihkan dalam satu atau dua minit. Hairan juga mulanya sebab tren dah sampai tapi orang yang berbaris tu tak naik pun walaupun pintu terbuka. Rupanya tengah dibersihkan dan tukar arah seat. Macam yang disiarkan dalam Majalah Tiga kelmarin. Ada team pembersihan.
Narita Express (NEX) Narita-Tokyo. Siap palang lagi tak boleh masuk, tengah bersih. |
4 comments:
Sis! Tolong ajar dari Butterworth ke Ipoh sis!
Sis! Tolong ajar dari Butterworth ke Ipoh sis!
Wah siap ada route perjalanan lagi....nanti nak cuba nih!
Mira Arip, boleh rujuk dekat sini http://jomlah-zarina.blogspot.my/ naik ETS yang baru atau rujuk website KTMB
Post a Comment