Kebiasaannya bila kita ke luar negara, kita
akan beli barang perhiasan yang kecil dan comel untuk hobi dan tidak terfikir
untuk barang nak pakai lama. Baju-T
jenis I love ... memang selalu
beli, sudahnya semakin lama semakin kecik… errrk badan semakin membesar
sebenarnya hahaha. Tapi memang ada baju yang bila basuh terus kecut. Hehe murah sangat. Berikut merupakan barang yang paling banyak digunakan.
Kiranya berbaloi dibeli.
Bagasi ni kecil sahaja. Sesuai untuk 4 atau 5 hari perjalanan. Ada zip ditengahnya untuk dibuka bila beg ni dah beranak.
Beli di Hong Kong, kat kedai tepi jalan sahaja. Murah je. Masa tu baru nak
belajar melancong jadinya tak tahu nak bawa barang berapa banyak dan memang
banyak la. Sampai siap bawak kasut tambahan. Bila beli barang lain dah tak muat
jadinya. Kenalah beli beg satu lagi. Senang bawa beg ni untuk short vacation.
Beroda. 10 tahun dah. Cuma dah loose bahagian pemegang, yang lain ok lagi.
Masih elok dipakai.
Dompet kecil ni juga beli di Hong Kong.
Beli di pasar raya semasa jualan murah. 10 tahun juga dan masih elok digunakan.
Senang nak bawa pergi jogging, boleh taruh IC dan duit sikit. Naik pengangkutan
awam pun senang sebab boleh letak dekat dalam poket jean untuk taruh touch n go
dan tiket. Jadi tak payahlah nak keluarkan purse yang besar gedabak yang penuh
kad diskaun macam-macam kedai tu.
Name tag bag beli masa pergi Universal
Studio Singapore … bertahun juga dah. Sampai dah tercabut tempat nama tu. Tapi
still pakai sebab belum jumpa lagi orang yang pakai ni. So senang nak kenal.
Memang berbaloi beli barang-barang ni. Tak
mahal mana pun walaupun dah tukar kepada RM. Brand luar negara. Walaupun takde
nama. Hehehe
2 comments:
nak menyongket ke mana pulak tu
cam tau2 je kak ton ni i buat mukadimah..
Post a Comment