30 Apr – 2 Mei yang lalu merupakan Hari Keluarga kami yang diadakan
di Kuala Woh, Tapah. Ini merupakan kedatangan kali kedua selepas 2010 tetapi
suasana lebih menarik ketika itu. Sekarang ni macam tak berjaga je. Kawasan sini
line telefonnya tak berapa nak kuat.
Di dewan sahaja yang jelas, kalau duduk di chalet tu memang sekejap ada dan
tidak. Mujurlah Celcom territory, line
internet masih laju dan boleh buka fb, hah ni bukan iklan. Tapi ada juga yang
pakai Celcom memang tak dapat langsung..so kesimpulan yang boleh dibuat,
bergantung pada telefon juga gamaknya. Samsung note saya yang dah kopak kapik
tu pun masih boleh send gambar kat Whatsapp, ni mesti yang tak dapat line tu sebab
phone tiruan. Cer check, Samseng
kot..heheh..sorry cousin.
Bila signal tak berapa nak ada ni bagusnya idak la orang
asyik mengulit telefon je.. boleh fokus kepada aktiviti dan anak-anak – bebas gajet-
Keluarga kami memang dah biasa adakan Hari Keluarga ni sejak
lama dahulu, masa zaman-zaman sekolah lagi. Zaman 80-an, mungkin. Tapi masa zaman
kami kecik-kecik seronok berjumpa sepupu sebab main-main je. Udah meningkat
dewasa kena pulak terlibat dalam menganjur aktiviti. Berikut merupakan antara
aktiviti yang dijalankan:
Aktiviti berbuka puasa bersama-sama sering diadakan. |
Baling belon berisi air.
Caranya: Belon diisi dengan air. Jangan isi penuh sangat dan
jangan sikit sangat. Sekadar boleh dibaling dan disambut. Semua orang akan berbaris secara memanjang
dua barisan dan berhadapan. Contohnya Baris A dan hadapannya Baris B. Orang
yang pertama dari Baris A akan baling kepada orang yang dihadapannya (baris B).
Mula-mula kedudukannya rapat. Setelah semua selesai membaling belon kepada
orang depan, Baris A akan undur satu langkah manakala Baris B akan kekal di
situ. Mula semula seperti tadi. Belon siapa yang pecah, kena keluar barisan dan
dikira out. Proses undur selangkah akan berterusan sehingga kita dapat juara iaitu
pasangan yang dapat mengekalkan belon daripada pecah. Games ni sesuai sebagai penamat kepada acara sukaneka kerana ada
yang akan terkena simbahan air bila belon pecah.
Aksi seorang juara menangkap balingan belon. |
Explorace
Ada 4 atau 5 tugasan yang perlu disiapkan. Games ni dibuat kerana terpengaruh dengan
rancangan Explorace dan Amazing Race. Contohnya, kira kacang (3 jenis kacang
pelbagai bentuk dan warna) dicampur sekali dan peserta perlu mengira berapa
bilangan setiap kacang itu. Kumpulan yang paling hampir dengan jawapan akan
mendapat markah. Selain itu, siapa dapat menyiapkan rubik kiub paling cepat,
Charades dan ada dua tiga games lagi. Lupa. Tapi ni banyak Gen3 je yang terlibat,
so bagi merapatkan hubungan dengan Gen2, soalan seperti ‘Tangkap gambar dengan
ahli yang lahir tahun 1939’, ‘Apakah resipi bagi membuat Rendang Dinding’ dan
pelbagai soalan lagi disenaraikan supaya sama-sama saling terlibat dan
berkomunikasi.
Treasure Hunt
Dulu-dulu biasa masuk Treasure Hunt seperti Sun Treasure
Hunt. Idaklah pernah menangnya tapi mengambil pengalaman menyertai untuk
membuat soalan yang macam tu juga. Bior
deme pecah kepala memikior. Lagipun bagi derang jalan-jalan pekan Kuale.
Persiapan, ambil gambar kedai-kedai sepanjang jalan yang
kita nak buat. Ketika di rumah baru buat soalan berdasarkan nama-nama kedai.
Contoh: Kedai C.C. Liew. Soalan: Salinan karbon kepada Liew. Oleh kerana ramai
yang baru menyertai Tresure Hunt sebegini, so soalan berkisar keluarga turut
diletakkan. Kiranya kalau deme nak dapat markah banyak, rebutlah soalan bonus
ni. Paling tak sangka, Gen2 sanggup ikut serta berjalan sepanjang Kuale.
Mendera pak cik dan mak cik menapak hehe sambil bagi derang mengenang sejarah lama.
Merata deme jalan mencari jawapan. |
Bertukar-tukar hadiah.
Kadang-kadang kita biasa dapat Welcome Gift bila pergi ke
hotel atau pasar raya. kan, so nak bagi seronok sikit dapat hadiah, buat acara ni. Syarat, hadiah
bernilai antara RM15-20. Siapa nak bagi lebih dari nilai tu, kira bonuslah.
Perlu dibalut dan ditulis nama untuk ucapkan terima kasih kepada orang yang
memberi. Nama orang yang membawa hadiah akan ditulis dan dimasukkan dalam
karung mini. Proses undian akan dibuat. Orang
pertama yang mengundi tentunya orang yang paling senior sebagai tanda
penghormatan. Dia akan ambil nama, dan nama yang akan dipanggil tu akan memberi
hadiahnya. Atau boleh juga buat sebaliknya. Orang yang cabut nama tu akan beri
hadiah kepada nama yang dicabut.
Sebenarnya saya pun tak pernah menyertai acara
ni, so tak berapa nak yakin keberkesanannya tapi bila Pengerusi kata, kena thrill sikit, bior bagi orang
bising-bising seronok. Gelabah pulak jadinya haha. Sibuk menggoogle macam mana nak bagi thrill, tak jumpa. Sib baik pengacara
biasa buat acara ni. Alhamdulillah, dari hadiah yang diperoleh, kebanyakan
orang mendapat hadiah yang sesuai dengan diri walaupun dapat dari cabutan undi.
Ada orang dapat hadiah Tupperware tu.
Original ya, tu mesti dealer Tupperware. Tapi acara ni lama juga
prosesnya sebab bila ramai yang masuk, of courselah gilirannya panjang.
Bagi Gen4 terlibat juga. Bior deme ingat memori ni bila tengok gambar ni. |
Bilalah boleh serenda (bahasa Perak untuk surrender) dari
jadi AJK ni huhu. Penat jadi AJK sebab akan mula berfikir dari hari dilantik
hinggalah event berlangsung. Apa pun family punya pasal, kadang relakan aje,
lebih-lebih lagi bila teringat, derang pun dah banyak buat something untuk
kebaikan kita. Wah susah ni sebab saya memang
nostalgik orangnya.. hehe. Memudahkan urusan orang lain juga antara
tuntutan dalam agama ya tak?
2 comments:
Bestnya family days...blh jumpa adik beradik..sedara mara semua..
Ada mcm2 xtvt lg syok!!
Jom join GA kat blog..
http://azatiesayang.blogspot.my/2016/05/giveawayperencah-ikan-bakar-by.html
Tahniah Kak Atie kerana dah ada produk perencah ikan bakaq
Post a Comment