Friday, September 30, 2016

Buah Melaka Bunga Telang

Buah Melaka ataupun Onde-onde, biasanya berwarna hijau daripada daun pandan tetapi ni sebab bunga telang ada dekat rumah, kita tukar warna pulak ya. Bunga telang ni biasa orang buat untuk nasi kerabu, atau sirap biru. Pulut pun boleh juga.

Sekelompok ni je yang ada. Warna ungu bunganya.

Ni saya petik 100 kuntum bunga dan rebus dengan sedikit air kira-kira sama paras dengan bunga tu.

Banyak ni la dapat, Suku gelas

Resipi Buah Melaka, tepung pulut dalam 3 cawan, air kapur sikit, air bunga telang tu gaulkan sekali. Campur air lagi ikut sampai adunan dah elok. Tak melekat di tangan. Isi inti gula kabung di dalamnya, ikut ukuran bebola kita ni. Jangan bebola besar sangat tapi intinya cinonit je..tak puas makan. Didihkan air dan masukkan bebola tadi. Bila dia terapung, kira dah masaklah dan boleh digaul dengan nyor yang ditaruh sedikit garam.

Warna asal hijau telur itik, bila dah rebus jadi warna turquoise pula dan bila dah digolek-golek dengan nyor ginilah jadinya. 

Nyor yang cantik yang warna putih bersih, ni pakai kukur nyor tradisional tu, kreh kreh kreh..patutnya jangan tekan kuat sangat, jadilah nyornya kasar. Kena lemah lembut sikit baru cantik hasilnya.

Apapun rasanya sama macam biasa, cuma tukar warna sahaja.





No comments: