Saya masuk
kelas mengaji Quran untuk orang dewasa. Bayangkan seperti kelas P.Ramlee Jin pakai toncet hahaha.
Kelas ni pakai buku budak-budak sekarang ni
belajar. Iqra. Baru masuk Iqra 4. Bukunya sampai Iqra 6. Jauh lagi perjalanannya. Zaman
dulu-dulu ngaji, alif atas ‘a’, alif bawah ‘i’, alif depan ‘u’. Kalau iqra terus
je bunyikan sebutannya, tak adalah mengeja.
Dalam kelas
ni ada seorang mak cik tu selalu kena marah dengan ustazah sebab asyik salah
sebut huruf dan yang panjang dipendekkan, yang pendek dipanjangkan. Tapi
suaranya memang sedap daripada orang lain yang boleh mengaji ni. Jadi saya pun
tolong dia. Bukanlah mengajar sangat cuma buat macam study group sahaja.
Setelah dua kali perjumpaan barulah saya dapat kesan dia ada masalah untuk
kenal huruf antara ‘sod’ dan ‘dhod’, ‘fa’dan‘qaf’, ‘syim’ dan ‘syin’, ‘tho’ dan
‘zho’.
Kalau
disleksia, seseorang tu biasa tertukar ‘b’
dan ‘d’, ‘m’ dan ‘w’, ‘g’ dan ‘j’. Cara otak mereka memproses maklumat yang
dilihat atau didengar adalah berbeza berbanding orang lain. Jadinya kiranya
makcik ni dah macam disleksia jugalah kut. Mak cik ni pun sebenarnya tak boleh
membaca. Kenal huruf tapi lambat mengeja. Saya nak ajar mengeja pun dia tak nak
sebab dia kata cukup la belajar mengaji, nanti banyak-banyak pening. Kisah masa
kecil dia memang sedihlah tu yang tak dapat pergi sekolah.
Untuk
menyelesaikan masalah mak cik ni, saya pun teringatlah satu buku ni yang saya
beli masa dengar ceramah pengenalan Kaedah Haraki. Buku ni tentang mengenal
huruf hijaiyah dengan lebih mudah. Setiap huruf dibuat gambar yang membolehkan
orang yang memang tak pernah kenal huruf hijaiyah pun (seperti non muslim) boleh
mengaji sebab dia mengeja macam rumi. Kecualilah kalau dia memang betul-betul
buta huruf.
Buku dalam bentuk penceritaan. |
Seperti
dalam bahasa Melayu yang ada huruf konsonan dan vokal untuk membentuk
perkataan, begitu juga dalam al-Quran. Vokalnya adalah baris atas (fathah - a),
baris bawah (kasrah- i) dan baris depan (dhommah – u). Huruf konsonannya ‘ba’, ‘ta’
dan seterusnya.
Huruf ‘ba’
digambarkan dengan bakul dan untuk titik diletakkan buah epal. Oleh kerana mak
cik ni cuma sering terkeliru dengan beberapa huruf sahaja jadi saya beri
penekanan pada huruf ‘sod’ (sotong), ‘dod’ (doraemon), ‘sin’ (sikat), ‘syim’
(syuhh – halau ayam). Setiap kali kalau dia teragak-agak nak sebut tu, saya
akan sebut “ala, yang ada kipas atas kepala tu!” Ha barulah dia teringat.
Ang ang ang ... Doraemon |
Sod dan dhod cuma dibezakan dengan titik. |
Kepada yang masih tak boleh mengaji al-Quran boleh check mana-mana kaedah dengan google je sebab dah banyak kaedah sekarang ni. Selamat mengaji ya!
4 comments:
salam.. semoga dipermudahkan.. aminn
Salam, amin
Assalam....wpun posting pendek...sgt menbantu...
Alhamdullillah
Post a Comment